Rabu, 25 Mac 2015

Bob malley in the house

As salam dan hey semua.....


kali ni iolls nak preview lagi satu cafe yang dah lama dok perati je tapi tak pernah dapat singgah.....now i'm here!

kenal tak mamat ni?
rambut ala mob lantai tu?

mula-mula iolls tak kenal siapa la mamat yang ala old school ni?lepas tu rambut pulak ala mob lantai rumah iolls, tapi lepas suami story morry tentang dia so baru aku teringat ada satu cafe ni memang seakan dan khas untuk peminat "bob malley"

yang uniknya segala peralatan dalam kedai ni berasaskan kayu dan password wifi guna no telefone jew....017------
nama kafe ni "chokodok-reggae-house"

kafe ni bukan menjamu makanan seperi chekodok semata-mata, tapi lebih kepada western and tradisional food mean "nasi goreng", harga pon alhamdullilah sangat berpatutan dan mampu la nak makan minum kat sini....jangan risau sebab tiada charge tax :P


Chiken Chop...tak silap ari tu dalam menu around RM13 gitu



Selain tu sambil makan and borak-borak uolls akan didendangkan dengan lagu-lagu klasik....penyanyi memang dari pekerja cafe ni dan kalau uolls nak nyanyi boleh je,cakap je nak lagu apa then diorang akan mainkan-lah muzik gendang gendut.....



kebersihan cafe ni mamang bagus sebab ada sijil "B" so tak pelu risau!
Add : jalan sultan iskandar, taman jubilee, 30000 ipoh perak, malaysia 
(opposite the police station)
Opening : 5.30pm to 12pm


lagi satu nak pesan kat uolls ni kalau nak mai datang cafe ni pastikan park berdekatan, police station sebelah kedai ni tapi peragut mana kenal semua tu...sebab  iolls  pernah kena pecah kereta....kawasan ni memang famous dengan pecah belah tingkap....curi kereta dan sebagainya.....be careful!







sebenarnya entry ni dah lama terperap kt blog ni so baru sekarang nk preview, harap boleh membantu uolls yang sedang mencari tempat makan yang lebih unik dan romantik....

tak perlu nak beria makan dekat hotel bagai, sini pon dah ok kan?hihihi
see u next entry....

byeee... >_<



















Ahad, 15 Mac 2015

Sweet Plan B

As salam dan hey semua.....


alhamdullilah, dan syukur kerana akhirnya dapat juga update blog...
Entry kali ni mengenai restaurant...vintage style and western Food!


sepertimana yang uolls tahu, ramai yang cakap "ala,ipoh ni bosan la,bukan ada apa pon!"
yup, it's true!
tapi sekarang ni dah tak bosan sebab semakin banyak tempat untuk kita lepak yang lebih berstyle...


apa yang ada kat luar ipoh, so ipoh pon ada!
u mean : ice cream pasu?? ada je kat KTM.... versi dalam tempurung kelapa pon ada dan yang terbaru ni dalam lesung batu pon ada....
(tapi aku tak pernah try lagi sebab tak minat sangat...)


Disebabkan tak ramai yang tahu tentang cafe ni, and maybe adalah dalam 30% yang tak tahu lagi tentang kafe ni sebab dia punya kedai dekat depan memang serabut dengan daun menjalar-jalar tapi tak pe, memang sesuatu yang creative!


kat sini memang banyak cafe so uolls boleh la pilih mana nak lepak, selain tu ada jualan macam doorgift dan yang paling best view nak shoot gambar yang sangat vintage!
iools datang sini nak dekat 2x la, first datang sebab nak rasa sendiri makanan dan minuman selain tu nak taw la sama ada charge tax x....?hahahaha

Antara banyak cafe yang ada kat sini, iolls lebih memilih untuk masuk kedai ni....
nampak tak gambar minah tu?
wow, rasa aura nak minum tu lebih semangat tengok gambar ni....krok!krok!


 choclate milk hots

mocha melt ke molt...entah lupa la nama dia tapi memang sedap angaaat!
view atas air tu tak boleh nak request corak lain sebab mamat yang buat air ni hanya tahu buat corak ini semata-mata!pfttttttt.....


Fish and chips RM10.90
sedap sangat sos dia, memang nak bagi 5 bintang!
total semua dalam RM30 plus tax.....(lupa la harga)
kafe ni tak ada sajian nasi dan lauk pauk, hanya focus pada chiken/meat chop, fish n chip and burger from size s to double xl....

Buat pengetahuan uolls, plan B memang ada charge tax so bila time nak bayar tu jangan la tiba-tiba terkejut beruk depan cashier tu, tak pasal-pasal ada aksi sarkas free....
masa uolls nak bayar tu konfiden je...sekali dapat bil, oh yeah!



 Sekeping Kong Heng Ipoh,

Ni view dari bawah Hotel  Sekeping Kong Heng Ipoh, memang cantik sebab rasa tenang je, belum uolls masuk hotel dia!mau menagis sebab tak mau balik....sangat vintage!



kalau sapa yang nak celebrate birthday or anniversary ala sweet2 sour so uolls boleh la datang sini, terutama sekali khas untuk yang sudah berkahwin better uolls check in kat hotel ni n celebrate ala romantik!pandai2 la uolls arrange sebab tempat ni memang dah view sangat cantik....
yang belum kawin better  hold dulu.....hihihi



Last but not least,
ni la view yang paling best sangat!
my baby hulk birthday tak lama lagi nak sampai, this march!
still planing for the best celebrate, kalau susah sangat masak je kat umah then letak lilin putih (yg selalu pakai time blackout) lepas tu makan!jangan lupa pasang music baru sweet.....hihihihi



ok bye!























Khamis, 5 Mac 2015

sakura is coming.....

As salam dan hey semua.....



alhamdullilah akhirnya berjaya juga wujudkan official blog sendiri.....
sebelum ni just share dengan blog bisness je so sekarang untuk tidak mengelirukan uolls sakuraz kini
 "in the house!"

I'm a blogger since 2nd January 2012, so baru je lagi....masa buat blog dulu sebab time tu blog tengah meletop-letop, so best la nak sharing is everthing, but now blog semakin slow melow. But it so okey, tanpa blog ni mesti uolls tak  kenal siapa itu  "misz sakuraz", so semuanya akan diceloteh dalam blog ni.....selain tu banyak info yang perlu iolls nak share dari segi pengalaman, travel dan aktiviti.... 




I'm just 25 years old, my full name is Rashida Hazran, uolls can call me "shidaz or sakuraz"
why sakuraz? insyallah nanti iolls ceritakan disebalik nama itu...
Mempunyai seorang suami yang sangat gengster, dan masih menunggu cahaya mata, insyallah!
Merupakan graduan Perakaunan, masih bercita-cita tinggi untuk sambung study tapi hold dulu buat sementara waktu untuk memperkukuhkan ekonomi negara,hihihi


i'm married!
ya, itu suami ku...seorang yang gengster dan seorang yang kental otak,huhuhu
kami kenal sejak 2008, hampir 7 tahun perkenalan kami....
tak pernah terdetik pun rasa cinta,cuma rasa sayang sebagai kawan, tapi setelah di akad nikah barulah aku tahu yang aku kini sedang jatuh cinta!hidup bagaikan belangkas...
poyosss!nak tahu kisah kami?tunggu kami post entry erk..... :)



selain mempunyai official blog, aku juga mempunyai bisness blog yang sentiasa active!
so uolls boleh rujuk dan submit order disini, jangan risau tentang produk dan harga sebab segalanya original produk dan harga boleh less lagi, insyallah!



Last but not least, 
Enjoy your reading!aku harap semoga blog ini menjadi sebagai inspirasi, tips dan rujukan untuk oulls sekiranya ia diperlukan... :)
semua hasil cerita dalam blog ini adalah benar semata-mata dan tiada yang dusta, malah segala cerita yang dihasilkan bukanlah cetak rompak tetapi datangnya dari ketulisan hati dan naluri wanita yang ikhlas untuk menulis....cewah! segalanya bermula dari sini......... >_<