Selasa, 15 Mac 2016

Part 2 : Saat Bersalin

As salam dan hey semua...


alhamdullilah, masih berpeluang untuk create entry part 2. Sejak menjadi seorang ibu ni baru terasa yang naluri kerinduan pada anak sangatlah menebal berbanding rindu kepada si suami....huhuhuhu
alam berjaga malam, alam bagaikan berpuasa dan alam berperang menyediakan susu adalah sesuatu tugas yang sangat manis untuk dirasai...fuh!

Entry ke-2 ni adalah post terakhir kenangan aku semasa di Labour room!harap entry ni bakal menjadi sumber buat ibu-ibu diluar sana....jangan pernah gentar dan berputus asa, amin!Bagi yang belum baca part 1 boleh rujuk disini
entry part 1 : saat bersalin "epidural"


Labour Room
8/1/2015
12.30pm

Previous entry aku dah mention yang sampai-sampai je bilik labour room aku disarankan oleh doc untuk pecahkan air ketumban...kemudian aku di minta untuk menerima cucuk "epidural" walaupun pada mulanya aku rasa tak nak! tapi kalau ia adalah yang terbaik maka aku terima....kini adalah menunggu saat-saat untuk baby ni keluar dengan selamat.....

Dua hari sebelum aku masuk ke labour room ni, hati selalu berkata-kata yang aku akan melahirkan baby ni pada hari jumaat, mulanya aku rasa eh!boleh ke?kalau benar maka akulah orang yang paling bersyukur...... "_"
Doc check bukaan dah 4cm. wow!perasaan untuk bertarung nyawa tu tiba-tiba terasa zapppp!aku dah nak bersalin ke?Rasa macam semangat dah berkobar-kobar sambil mata ni dok menjeling jam dekat dinding tu. Yelah, dah tau yang tak lama je lagi baby nak keluar dan i'm will be as mom!Lagipon sakit contraction ni dah sampai mencecah 100% value.... Memang betul apa yang mak dan kawan-kawan cakap "kesakitan bersalin adalah kesakitan yang tak boleh digambarkan,bila dah merasakan kesakitan itu cuba hargai dan angap sebagai hadiah penghapus dosa"

kalau ikutkan setiap pesakit yang nak bersalin ni tak la lama mana duduk dalam labour room, tapi bila bahagian aku ni lama sangat dengan lapar dan kena puasa pulak....doc ada cakap "setiap jam adalah setiap pembukaan,bermaksud setiap 1jam so 1cm bukaan" memang lama la nak tunngu setiap jam 1cm,fuhh!

Ada satu masa tu aku terlalu haus sampaikan kering bibir, mintak dekat nurse tu minum then diorang cakap awak kena puasa...haa?sampai merayu-rayu mintak minum,last sekali nurse tu bagi aku minum air dalam 5titik air, boleh bayang tak bertapa kehausanya masa tu....




LABOUR ROOM
8/1/2015
6.00pm

5 jam berlalu, doc pakar mula masuk untuk lihat bukaan dah berapa cm
"oh no,still 4cm....?rashida, kami tiada jalan lain....kami terpaksa buat operation"
"seriously?tak boleh tunggu lagi ke...."
"awak nak tunggu sampai bila rashida?awak ni dah terlebih hari taw..."
"sakit tak operation?saya gerun la.....saya takut sangat...."
"awak kan dah ambik epidural so tak perlu takut....kami akan masuk ubat kat dalam wayar epidural tu..."

Masa sesi tandatangan untuk masuk ke bilik operation, pada mulanya aku ingat pakai masuk je rupanya banyak gak document yang kena sign....dalam sakit-sakit tu memang gagahkan jugak capai document sign dan masa tu tak baca apa yang diorang tulis sebab sakit yang aku hadapi ni rasa dah tak boleh nak fikir apa.....
lepas sign semua document, nurse siapkan persiapan pakaian aku dan segalanya lah, cuma ada satu cerita ni yang buat aku rasa "alahai anakku,kenapa buat perangai ni....?"

10minit selepas aku siap, doc biarkan aku sembang dengan suami dulu....dalam masa aku sembang, scan jantung baby mula bunyi slow,semakin lama semakin slow sampai satu tahap garisan denyutan jantung selari dan segaris, tiba-tiba pintu bilik labour room berdetum! ada seorang nurse ni menjerit "kenapa ni...ya allah,denyutan baby lemah...." masa tu aku dah risau sebab kenapa dah nak operation si baby ni buat perangai aihhhh!
3 orang nurse duk goyang perut ni....tekan-tekan!agak ganas jugak la...
lepas tu doc pakar berlari lari masuk kebilik aku untuk tekan-tekan dan goyang perut tu supaya jantung baby bergerak seperti biasa....
"kenapa ni doc?anak saya ok tak.......?"
"masalah sekarang ni awak dah nak masuk bilik operation, dan anak awak sekarang ni tengah tidur, tu sebab scan jantung mula lemah....kami kena kejutkan dia secepat mungkin!"

ala hai anak, baby lain semua berebut rebut nak keluar tenguk dunia, tengok mak dan ayah diorang....yang awak ni boleh tidur lagi sedangkan lagi beberapa minit awak dah nak keluar!aku jadi konfius sekejap sebab kenapa anak aku boleh tidur.....haissssh!
Dalam 5minit kemudian baru everthing it's ok!

Untuk pengetahuan uolls bersalin secara czer suami tidak dibenarkan masuk berbanding kalau isteri yang bersalin secara normal, peluang untuk lihat baby keluar tu sangat bertuah la....Memang impian dari awal nak sangat bersalin secara normal dan suami dapat lihat kesakitan isteri semasa meneran, tapi rezeki belum berpihak kepada aku untuk share story kenangan manis bersama si suami, walaupun suami tiada disisi tapi aku bertuah sebab aku disambut dengan doc yang ramai....wow!mungkin sebab aku orang yang terakhir czer pada malam tu,so tahap focus pada pesakit tu lebih sikit la...hahaha



LABOUR ROOM
8/1/2016
7.00 PM

Masa nurse nak bawak aku masuk bilik operation diorang suruh aku salam suami dan mintak maaf!masa nak masuk bilik operation ni memang banyak fasa, pertama fasa tukar katil dan tukar baju....kemudian fasa memasukkan ubat kebas, yang ni aku nak bagi taw sikit, cucuk epidural ni memang la ramai orang cakap bahaya tapi amat penting untuk orang yang bersalin secara czer, dimana tempat untuk doc memasukkan ubat kebas supaya badan kita kaku, mean tak adalah nyawa-nyawa ikan masa diorang belah perut tu....
Masa sesi doc belah tu memang la tak rasa apa, tapi kita cuma boleh rasa apa yang orang boleh buat kat perut ni...jam kat sebelah masa tu dah pukul 7.15pm, dan masa tu la doc nak keluarkan baby....Doc tekan tekan perut aku untuk keluarkan baby tu tapi disebabkan perut aku kosong dan lapar aku mula jerit....
"doc!nurse!saya nak muntah....macam mana ni?tolooong..."
keliling kepala memang dah full nurse jaga....start kebawah doc pakar n nurse bidan control.....
"ok,aawak muntah sekarang....."
masa tu hampir 3 tong jugak la aku muntah....dan aku siap tanya
"tak apa ke muntah?memang muntah ke kalau baby nak keluar...."
"ye dik,tak apa muntah...memang macam tu pun...."

Suara tangisan mula bergemar!
ya allah!anak aku la....memang nampak masa doc angkat tu,tapi nampak belakang je....
rambut lebatnya, ya allah!badan berbulu halus je....masa doc keluarkan baby, aku siap jerit dan angkat kepala
"doc!anak saya ok?anak saya tak ada apa-apa kan?seriously....???"
ada sorang nurse yang control muntah datang sapa....
"anak awak ok!comel sangat....mata bulat...."
"betul ke....saya nak tengok!"
Masa tu fikiran sebagai seorang ibu, hanya allah je yang tahu! tak fikir keadaan diri sendiri yang sedang mengigil kesejutan,kesakitan perut tu untuk melihat anak dia yang sekian lama berada dalam perut, yela 9bulan mengendung anak kehulu hilir dah tiba masa untuk lihat anak tu....

Lama nak tunggu nurse bawak baby, sampai doc pun dah nak habis jahit....mata dan mula berat dan rasa nak tidur,terasa penat sangat sampai nak pengsan....tiba-tiba doc kejut
"rashida, tengok ni anak awak....."
"oh!anak saya.....
"tengok bawah ni, apa dia?"
masa ni aku jerit.... "bibird!"




seriouslay! air mata mula mengalir....tak tahu nak cakap apa sama ada terharu atau rasa gembira atau rasa sedih sebab kini aku sudah bergelar seorang ibu, dimana aku akan melalui fasa-fasa seperti ibu-ibu kita lalui semasa membesarkan kita, alhamdullilah!anak yang tak banyak ragam tapi cuma suka memerap,tak apa! i like kalau memerap ni...macam terasa haba dan naluri seorang ibu dan anak tu seperti ada aura.....

alhamdullilah,kini aku memiliki sebuah keluar kecil, saat-saat yang aku tunggu!insyallah ada rezeki kami tambah supaya keluar kecil ini akan lebih membesar....rasa best!tak serik untuk mengandung dan bersalin lagi...... :p














Rabu, 9 Mac 2016

Part 1 : Pengalaman di Labour Room ~ "epidural"

As salam dan hey semua....


Ini adalah pengalaman pertama kali aku menghadapi sakit bersalin,so hari ini aku nak tulis siap-siap kenangan semasa didalam labour room sementara aku masih ingat saat-saat bersalin aritu, At least, cerita bersalin ni aku simpan dalam blog dan boleh baca semula in future sementara cerita ni still fresh dalam ingatan. Dan mungkin sebagai rujukan untuk bakal ibu yang masih "menanti-nanti" saat untuk bersalin...

so enjoy your reading!!

3/1/2016 (ahad)
40weeks

kalau ikut buku pink date 3.1.16 la due date baby keluar, memang tepat 40weeks tapi pagi tu dapat call dari klinik cap ibu & anak mintak aku datang awal pagi, check jantung baby.....semua ok, dengar jantung pun still dup!dap!dup!dap!
so bermula dari esok dah kena start datang klinik hari-hari sampai la hari ke 9....
kenapa kena tunggu sampai 9hari? sebab bayi dalam kandungan boleh hidup sehingga mencecah extra 9hari walaupun dah sampai due date...

banyak petua yang aku dengar, kalau nak cepat bersalin kena rajin berjalan...main naik turun tangga dan mintak suami buatkan air selusuh. Sampai satu tahap tu, semua benda dah buat tapi still tak ada rasa sakit "False contraction" nak kata pecah air ketumban atau keluar darah pun belum... >_<
Terfikir jugak, aku salah kira ke? atau baby ni yang terlupa tarikh nak keluar dari perut?hari-hari usap dan cakap "keluar la baby,buat apa lama-lama dalam perut bukan ada ps4 pun, ermmm"


7/1/2016
40weeks ++

Nampak tak?4 hari dah berlalu tapi sakit tu belum timbulII lagi...Pagi tu lepas settle cuti maternity, masa ni ambik cuti awal seminggu, kot kalau apa-apa jadi so dah prepar!macam biasa sakit "contraction" still pending, masih relax dan masih berjalan sakan beli barang baby, bukan beli keperluan pun tapi beli barang gatal-gatal.... hari ni genap 4hari checkup jantung baby sampai satu tahap tu nurse cakap 
"kepala baby dah ke bawah tapi pada aras yang tinggi, tu sebab tak ada jalan keluar lagi"
"tapi pergerakan bby tak rasa la...macam lemah je..."
"ha?awak biar betul!benda ni tak boleh main-main....tunggu sampai pukul 1, kalau still kurang gerak better ke hosp segera lagipun awak dah overdue/postdate pun"

Jam tepat pukul 1petang, semua barang-barang memang dah lama get ready sebab takut kalau-kalau kena tahan wad (tapi kalau dah overdue/postdate memang kena tahan pun,tak de kalauII) . Dalam perjalanan nak ke hospital, hati rasa macam tak sedap je, gemuruh bagaikan kilat menyambung-nyambung kaw....
sampai je dekat kaunter hosp terus cakap kat nurse tu yang baby tak gerak....so mula la sesi scan jantung,soalan temuh ramah doc praktikal.Memang agak leceh la kalau bab temu ramah sebab soalan diorang boleh buat stress pun ada.....Masa nak tahu bukak jalan berapa cm siap mintak kat dalam bilik tu "saya nak doc perempuan, tak nak doc praktikal" alhamdullilah, dapat jugak...doc tu pn friendly sangat!mean lembut la tak kasar sangat...


Selalu orang akan tanya, sakit tak rasa kena "seluk" untuk check bukaan? 
Seluk ni maksudnya masukkan jari kedalam untuk check sama ada dah berapa cm bukak, tapi time seluk yang paling sakit bila mulut itik tu masuk,perrr!memang ngeri la.... kalau tak nak rasa sakit kena la rajin main nafas, tarik nafas dalamII kemudian tahan, ni tipss terbaik!....tapi kalau korang tak nak tarik nafas dan rasa ok boleh!memang sakit la, akan rasa senak

Masa ni dah bukak 3cm, so doc bagi surat yang aku kena duduk wad sehari untuk diorang tinjau berapa cm akan bukak untuk esok. Masa dalam wad, aku still tunggu saat sakit "contraction" tapi still pending... aku tengok akak sebelah katil aku menangisII meraung sebab sakit sampai satu tahap tu  air ketumban pecah! O_O lepas tu, selang beberapa minit pesakit baru pulak masuk, tak sampai 10minit dia menangisII sakit "contraction" sampai aku tanya "sakit sangat ke akak?" nasib la masa tu akak tu tak emosi dan jawab pun ok "sakit sangat dik,rasa dah tak mampu ni...dik xrasa sakit ke?" "tak kak,saya pun tengah tunggu gak sakit macam akak ni...."
ya allah!bila la aku nak rasa sakit macam diorang,bukan meminta tapi teringin untuk merasa kesakitan tu,sebab allah tahu!wanita adalah manusia yang terkuat dan yg mampu menahan kesakitan  demi mengharungi saat mengeluarkan seorang khalifah demi keterunan suaminya.

pukul 11pm,Doc datang masukkan jarum kat tangan....sambil ralit sembang fungsi jarum tu aku pun beranikan diri mintak untuk masuk labour room awal...
"esok boleh tak saya masuk laboor room pagi?saya tak nak petang doc"
"tak boleh, sebab kena ikut giliran?"
"kalau macam tu tak apa la...kalau ada kosong jangan lupa saya"



LABOUR ROOM
8.30AM
8/1/2016

Subuh : Tiba-tiba hati berdebar... tidur pun tak nyeyak sebab masalah akak katil sebelah ni yang still menangis, allah!sian taw...masa tu cepat-cepat aku baca surah-surah yang wajib dibaca...
(mana taw tiba-tiba labor room kosong tak pasalII kena panggil kan)... "_"
Lepas settle sarapan & mandi, nurse datang panggil 
"rashida!kemas barang, off hanfone, jom masuk labor room!"
"skrg?npe skrg...doc cakap petang"
"doc ada bilik untuk awak...dah buka berapa cm smlm?"
"baru 3cm, kalau boleh nak bersalin normal...."
"kita tunggu doc,skrg awak buang apa yg nk buang sebab lepas duduk kat katil nanti dah tak boleh buat apa,,,,"
"oh yeke?"
masa melangkah masuk labor room, fuh! memang gerun!masa tu badan tiba-tiba je mengigil sebab kesejukan bilik yang boleh mereputkan tulang rusuk...per!cantik jugak bilik ni sebab nampak putih bersih dan suci je, lepas tu sunyi ,nak beranak tu macam ada feeling la...ahakk!

sebelum tunggu doc datang, masa ni la benda pertama yang aku tanya "suami boleh masuk?"
"boleh,tapi kita settle dulu ubat untuk awak..."
masa ni berbagai wayar yang aku terima...tangan saja dah 2 jarum, belum jarum dekat lengan lagi, mungkin sebab aku manusia yang bertuah tak merasa saat sakit "contraction" so diorang masukkan ubat supaya sakit tu boleh rasa...sejam aku dalam tu tapi still sama sampai satu tahap tu doc datang seluk 
"dah 4cm, saya nak mintak maaf sebab kami terpaksa pecahkan air ketumban supaya baby senang keluar dan cari jalan keluar"
"ok doc, tapi sakit tak?"
"sikit je....awak tahan"
masa nak pecahkan air ketumban ni tersangat-sangat sakit,siapa yang merasa memang ngeri sebab kalau boleh biarlah pecah sendiri....masa nk pecahkan air ni pada firstnya tak menjadi,diorang seluk dengan benda tajam dan panjang macam "copstick" tu tapi panjang la macam pembaris orang potong kain tu, masa ni doc praktikal yang buat tu yang tak berapa nak jadi pecah,lepas doc pakar yang handle so...second time baru berjaya pecah, dan bermula la sakit "contraction". 

Wow!sakit dia hanya allah sahaja yang tahu, setiap jam dan setiap minit menahan sakit tu umpama nyawa dihujung tanduk...kesan ubat pelali memang tak mampu nak lawan kesakitan "contraction" .  Bila suami masuk, sakit tu tiba-tiba boleh tahan dan cuba mengadu 
"sakitnya nak bersalin, tak mampu nak tahan dan kalau macam ni la sakit dia, tak nak beranak lagi"
"relax la ma...ni baru anak first so tahan la,orang lain boleh kenapa ma tak boleh kan?..."
pada mulanya mata ni nak berair, tapi tahan jugak sebab malu dan rasa macam "ego sangat", sedaya upaya tahan kesakitan dan cuba untuk sembang, cuba untuk tidur tapi tak mampu.....akhirnya ego yang tersimpan tu jatuh ke pipi, kesakitan tu hanya air mata yang boleh mengambarkan...
"akhirnya air mata bini pa jatuh jugak...."
sambil dia lap-lap pipi aku, bila aku dengar suami cakap macam tu bertambah- tambah air mata berderu jatuh... :'(
"sakit sangat..pa.."


LABOUR ROOM
12.30PM

Masa tengah ralit menahan sakit, ada sorang doc pakar ni dia siap bagi ceramah tentang suntikan "epidural", pada mulanya memang tak nak ambik tapi lepas sorangII nurse dan doc wanita masuk pujuk supaya ambik, pujukan diorang mula buat aku terasa macam nak sangat ambik!
cucuk "epidural" ni ada setenggah orang bagi tau tak elok ambik,ada macamII cerita kita dengar sampai satu masa aku sendiri yang tanya dengan doc "betul ke?"
doc just jawapan "kalau awak percaya terpulang tapi ini adalah ubat untuk awak tahan kesakitan bersalin, kalau nak harap cucuk dekat bontot hanya setakat 5jam je...tapi kalau awak tak bersalin jugak selepas 5jam?kami tak boleh bagi ubat lagi,,,,masa tu dah terlambat untuk awak dapat "epidural"

akhirnya aku terima!
ye memang akui cucuk "epidural" tersangat la sakit kalau nak dibandingkan sakit "contraction", tambah pulak masa cucuk epidural ni kena cucuk dua tempat yang betul-betul selari kat tulang belakang....korang taw hulk?macam mana sakit hulk tu kena suntik so macam tu la aku dalam wad
silapII aku boleh jadi hulk betina jer,ahaaakkk!
lepas settle tu aku terus rebah, memang betul!lepas cucuk epidural sakit "contraction" tu rasa sakit sikitII jer...
sampai satu masa ubat epidural aku habis, memang meraung la nak tahan...masa tu banyak nurse pergi lunch....nak buat macam mana,belum rezeki nak jadi hulk...so tahan dan sabar je separuh dari iman...
tak sampai 10minit ketua nurse datang "eh,apa bisingII ni, oh noooo ubat u habis la"
oh no erk,aku yang menahan sakit ni boleh pulak oh no!walaupun ubat baru dah masuk but still sakit tu sama je,kira ubat kedua masuk ni memang tak de kesan....


"klimaks"
insyallah next episod....sebab sekarang ni otak memerlukan rehat yang secukupnya untuk update entry yang latest




p/s : Segala isi cerita dalam entry ni, apa yang aku rasa dan alami, anggaplah yang setiap orang rasa sakit dia berbeza-beza. Tak sama! Sakit bersalin ni rezeki masing-masing dan ingat je satu perkara yang segala kesakitan tu penghapus dosa-dosa dan jihad kecil kita. Tapi bila dah nampak baby keluar, automatic hilang semua sakit-sakit daripada 9 bulan mengandung sampailahhhhhhh nak bersalin :) InshaAllah jika ini rezeki dan takdir aku lahir secara czer, aku bersyukur kerana anak aku selamat! :')