As salam dan hey semua :)
alhamdullilah, hari ni rasanya masih belum terlambat kot nak wish "selamat hari raya, maaf zahir dan batin" mood raya tu masih membuak-buak lagi sebab rayakan sebulannnn!hihihi....
sepertimana yang kita ketahui, baby luqman dah pun mencecah umur 6 bulan dan dah mula start makan solid food, tapi cerita tentang solid food insyallah shida akan review apa yang dia makan dan apa yang shida suap bagi dia kenyang.....nak cakap pakar dalam solid food pun tak juga tu pun banyak google dan tanya sepupu yang tahu serba sikit tentang makanan ni....
memandangkan si Luqman start makan pada hari raya, lepas tu keadaan dia yang kurang sihat so aku stop dulu untuk bagi dia solid food, tapi apa yang mengembirakan aku... Luqman tumbuh gigi!Yeahhh!
dua batang sekali gus dalam satu masa yang sama, aku rasa agak cepat jugak la tumbuh gigi...
genap je 6bulan dua batang sekali gus tumbuh!fuhhhh......
melihat luqman membesar didepan mata dengan pelbagai perangai adalah salah satu kenangan yang mungkin tak boleh dilupakan, terutama sekali kenangan ketika membungkus baju yang dah sempit, nampak luqman dah besar....tak sangkakan?
tambah pulak sesi membungkus barut dan bedung dia yang selama ni jarang pakai sebab sejak kecik memang dia pantang dibedung!anti-bedung, nak perap je...huhuhu
selepas itu, perkembangan dari semasa kesemasa....alhamdullilah berat dia sangat memuaskan walaupun dia tak pernah rasa susu ibu, hanya semata-mata susu tepung. Dari menerap sehingga la sekarang dah boleh sikit-sikit merangkak! now gigi pun dah tumbuh! cuma sekarang ni takut nak tunggu perkembangan otak dia, mesti rumah akan menjadi sebuah muzium art yang terkemuka! ouchhh! akan bermulalah kehidupan purba hingga ke zaman moden......hahahaha
anyway! ini adalah kenangan seorang ibu bersama si anak dalam menjalani kehidupan seharian dimana bertapa indahnya menjadi seorang ibu sampai mereka akan cakap "boleh tak jangan cepat membesar....?"
k byeee ~