Isnin, 23 Oktober 2017

Macaroni Sup dan Cheess

As alam dan hey semua....



Memandangkan selera anak sangatlah menyelerakan, maka si ibu perlu lebih gigih untuk mencari resepi dan membuat resepi tersendiri supaya makanan anak lebih tejamin dan exclusive!


ok hari ni si ibu nak share masakan Macaroni yang pelbagai, even 2 jenis je pon kan menu tu tapi semangat nak share tu still berkobar-kobar.
Then resepi ini sangat bagus dan sesuai untuk anak yang sudah berusia setahun!


Macaroni + cheess


Macaroni Cheess
❤Segengam Macaroni 
(rebus macaroni sehingga lembut, letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat)
❤1/2 bawang holland dipotong kecil
❤Ayam dipotong dadu
❤Barkoli hijau
❤Cheess sekeping
❤Susu segar
(susu uolls boleh guna susu tepung yg anak minum, if uolls BF anak pon boleh guna susu tu)

Cara-Cara Macaroni Cheess
❤Setelelah selesai macaroni lembut dan mengembang, sila toskan dan letak ditepi
❤Panaskan api, masukan bawang dan ayam. Goreng sampai kekuningan dan kemudian masukkan sayur barkoli hijau....(tumis guna butter or minyak zaitun)
❤Kemudian masukkan susu segar, jauh sehingga mendidih
❤Masukkan macoroni semasa didihan tu...
❤Last sekali masukan Cheess...Gaul sampai pekat dan ligat

so siap!



Macaroni Sup Salmon
❤ Segengam Macaroni
(rebus macaroni sehingga lembut, letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat)
❤ Sepotong ikan salmon
❤ Barkoli
❤ Carrot
❤ 1/2 Bawang


Cara-cara Macaroni Sup Salmon
❤ Setelelah selesai macaroni lembut dan mengembang, sila toskan dan letak ditepi
❤ Sup ni shida tak tumis, cuma rebus sahaja...Panaskan air didalam periuk
❤ Campak semua bahan diatas dan tunggu sehingga dia larut dan mendidih masak.


ok siap!



kenapa sis memilih cheess sebagai makanan penting seharian untuk si manja?

↬Mempunyai nutrisi yang baik spt protein, kalsium, vitamin A dan vitamin B12.
↬Kalsium yang ada membantu mencegah kaviti untuk mengekalkan kesihatan gigi.
↬Vitamin B yang ada dalam cheese membantu memelihara fungsi badan dan melindungi dari penyakit.
↬Mencegah barah.
↬Menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis.
↬Mengawal tekanan darah.


oleh itu, ibu-ibu diluar sana cuba pelbagaikan pemakanan anak-anak selain dari bubur nasi or puri buah-buhan dan sayur sayuran, mungkin dengan cara ini akan menaikkan selera mereka...

keep calm and try to error

ok daaa... ❤























Khamis, 2 Mac 2017

Hippopo baby spa & wellness

As salam dan hey semua.....


Seperti biasa, peram entry sampai basi tapi insyallah entry ni boleh menjadi info pada ibu-ibu diluar sana. exspecially buat warga ipoh yang masih belum tahu tentang kewujudan "Hippopo baby spa & wellness" yang baru je bukak Jan 2017 hari tu....dekat aeon klebang.


Memandangkan Luqman genap setahun dan rezeki birthday dia untuk pertama kalinya merasa join baby spa! pada mulanya memang plan nak bawa dia ke selangor untuk merasa baby spa ni tapi rezeki berpihak kepada kami, alhamdulillah akhirnya hippopo buka cawangan disini so tak perlu-lah datang jauh-jauh kan? jimat masa dan tol...hahahaha


Terpikir jugak,apa present nak bagi pada luqman memandangkan January is her birthday! kalau beli mainan pon, tak guna sebab dia bukan nak main...tersimpan je macam tu.
tinggggg! Mentol ku bernyala....
apa salahnya kalau kita hadiahkan dia satu aktiviti yang dia suka...Yes! air! memandangkan dia suka air dan rezeki dia hippopo ada dekat perak so terus i booking.... Nak dijadikan cerita Luqman antara kids yang terawal 100orang untuk grab harga special RM68 SWING+SPA.....☺

kita snap satu kali gambar sebelum masuk hippopo....
Time ni masih fresh lagi hari raya cina, so sis mengayakan anak bujang dengan baju tema CNY!

"ada macam kakak dengan adik tak......❤ "?


sampai saja dekat Hippopo ni terus buat warming up!
tukar pampers dan bukak baju....sebab masa dalam kolam tu nanti tak perlu pakai baju swimming...
Tengok anak bujang sis....
bergaya! dia memang suka spa, tambahan kalau bab urut mengurut ni memang suka....diam je! kadang-kadang sampai tertidur

masa dia warming up anak kita tu, jangan risau segala detail tentang spa ni complete dia cerita...cara nak aksi dan urutan pada baby pon dia akan ajar. staff dia pon jenis friendly dan lembut je....

Aik?kenapa tak pakai pelampung kepala tu?
Memandangkan si bujang ni sudah banyak gigi dan berat badan yang terlalu sado, so staff hippopo lebih refer pakai ni dari yang pelampong kat kepala tu....

kalau nak pakai jugak boleh tapi disebabkan gigi anak terlalu banyak takut dia gigit dan menyebabkan nanti pecah....
gituu...


kolam yang si bujang ni dapat memang besar....boleh masuk dalam 3orang kids gitu!
tapi masa tu memang tak ramai sangat orang, so boleh la kita focus dan bebas berenang seluas lautan...
Air dalam ni sangat suam,sesuai la untuk kids yang suka main air....lagi satu air ni memang dah siap ubat, kot kalau baby ni ada penyakit kulit ke, or ect la so lebih selamat....
lagipun air ni tukar setiap hari...




lepas settle mandi, so sesi spakan diri...
masa ni dia diam je rasa syok la tu, sedangkan kita orang tua ni pun kalau orang urut pon best...ni kan budak kecik memang hayal la bila kita urut badan diorang ni....
sesi mengurut around 15-20minit cam gitu....

Tujuan urut ni nak bagi tulang tu lebih ringan sebab masa swing tu terlalu banyak pergerakkan so kot la ada terseliuh ke so dengan cara spa ni akan lebih selesa dan tenang....hehehe



Wow, dah ada good new laa!
Setiap hari rabu, harga akan menjadi RM68 sahaja tanpa rasa was-was gitu!
hari lain harga still sama RM88 tapi hanya hari rabu sahaja ada special price....

sebelum datang kena call untuk booking date dan masa supaya mudah untuk segala urusan, if  datang secara walk in terus memang tak akan diberi keutamaan.....

untuk memudahkan proses urusan bersama hippopo baby spa, uolls boleh contact dekat no yang tertera di atas dan segala pertanyaan boleh melalui talian tersebut... :)




selepas settle massage si kenit ni, so dah boleh beradu dengan tenang...
memang power la sebab si kenit ni tidur sampai berdengkur taw, punya penat dan seronok...

insyallah ada rezeki datang lagi... :) 

ok daaa....





























































































Selasa, 21 Februari 2017

VITAGEN HOMEMADE

As salam dan hey semua....



Hari ni nak share satu resepi yang mungkin bukan sahaja untuk anak tetapi sesuai untuk seisi keluarga juga.
Sepertimana yang kita tahu vitagen & yogurt buah adalah makanan yang digemari oleh kanak-kanak dan ia juga sangat penting untuk pertumbesaran anak, tambahan pula anak sis memang gemar sangat minum vitagen sampai kokak botol vitagen tu walaupun dah kering kontang!
sodih taw.... :'(
 yela, botol vitagen kan kecik,so kurang puas nak minum. Kalau homemade sendiri of course la boleh bertambah-tambah.....


Oleh itu hari ni nak share resepi macam mana untuk menyediakan vitagen FRESH dari ladang ni!
nyummmm!


Blueberry + Strawbery

if, uolls nak guna buah selain dari atas ni boleh je macam Manggo ke? ni mesti sedap sebab manis je kan ataupun pisang ke....perrr! yang penting sedap... :)
("melilih air liur pulak")



pastikan pemilihan yogurt yang betul!
macam sis ni, tersalah beli yogurt, rupanya yang ini yogurt untuk masakan, ya allah! nampak sangat excited nak beli yogurt tu sampai tak boleh beza mana satu untuk santapan dan masakan!
fuh!
menangis la bucu dapur sebab tersalah beli....

 yang ni baru betul...
korang beli jenama ni taw "FARM FRESH" nampak je gambar lembu tu so betul la yogurt ni...
yang ni low fat, tapi sebaiknya biar la yang ada lemak sebab bila minum tu terasa lemak-lemak sikit....


 first basuh buah-buahan tu sebersih yang mungkin....
kemudian balander buah-buahan sehingga hancur, tapi belander dengan air masak sebab yang ni nak terus minum so kang bubuh air paip sakit pulak perut kan...


selepas balander pastikan korang tapis sebab hampas buah tu still ada....kot la bijik-bijik tu masih belum hancur so kena-lah tapis supaya cantik je air dia tu nanti



lepas tapis masukkan semula ke dalam balander sebab kita nak balander dengan yogurt pulak, macam ni sis letak dalam 3 sudu yogurt, seperti mana yang kita tahu strawberi & blueberry antara buah yang masam so bila letak yogurt nanti bertambah masam....letak sedikit gula atau madu untuk bagi rasa manis tu terasa sedikit (untuk kanak-kanak tak digalakkan gula,madu tak apa)


tadaaa....
ok siap!
lepas balander dengan yogurt tu so korang boleh la letak dalam bekas, macam sis lebih suka letak dalam botol, senang sikit nanti sebab bila anak nak minum terus sumbat je dalam mulut....hehehehe

apa kelebihan dan khasiat vitagen homemade ni?
first kita sendiri yang buat so kita tahu apa kandungan dan bahan yang kita pakai, selain itu terjamin halal dan bersih. Kalau beli vitagen yang kat luar tu belum tentu lagi buah tu bersih dan fresh kan?
tambahan pula pengunaan pewarna of course depe guna tapi kita tak...semula jadi itu lebih baik!


ok, insyallah ada rezeki sis share lagi tips dan resepi si manja dan si ibu!
Bye.... :)