Selasa, 21 Februari 2017

VITAGEN HOMEMADE

As salam dan hey semua....



Hari ni nak share satu resepi yang mungkin bukan sahaja untuk anak tetapi sesuai untuk seisi keluarga juga.
Sepertimana yang kita tahu vitagen & yogurt buah adalah makanan yang digemari oleh kanak-kanak dan ia juga sangat penting untuk pertumbesaran anak, tambahan pula anak sis memang gemar sangat minum vitagen sampai kokak botol vitagen tu walaupun dah kering kontang!
sodih taw.... :'(
 yela, botol vitagen kan kecik,so kurang puas nak minum. Kalau homemade sendiri of course la boleh bertambah-tambah.....


Oleh itu hari ni nak share resepi macam mana untuk menyediakan vitagen FRESH dari ladang ni!
nyummmm!


Blueberry + Strawbery

if, uolls nak guna buah selain dari atas ni boleh je macam Manggo ke? ni mesti sedap sebab manis je kan ataupun pisang ke....perrr! yang penting sedap... :)
("melilih air liur pulak")



pastikan pemilihan yogurt yang betul!
macam sis ni, tersalah beli yogurt, rupanya yang ini yogurt untuk masakan, ya allah! nampak sangat excited nak beli yogurt tu sampai tak boleh beza mana satu untuk santapan dan masakan!
fuh!
menangis la bucu dapur sebab tersalah beli....

 yang ni baru betul...
korang beli jenama ni taw "FARM FRESH" nampak je gambar lembu tu so betul la yogurt ni...
yang ni low fat, tapi sebaiknya biar la yang ada lemak sebab bila minum tu terasa lemak-lemak sikit....


 first basuh buah-buahan tu sebersih yang mungkin....
kemudian balander buah-buahan sehingga hancur, tapi belander dengan air masak sebab yang ni nak terus minum so kang bubuh air paip sakit pulak perut kan...


selepas balander pastikan korang tapis sebab hampas buah tu still ada....kot la bijik-bijik tu masih belum hancur so kena-lah tapis supaya cantik je air dia tu nanti



lepas tapis masukkan semula ke dalam balander sebab kita nak balander dengan yogurt pulak, macam ni sis letak dalam 3 sudu yogurt, seperti mana yang kita tahu strawberi & blueberry antara buah yang masam so bila letak yogurt nanti bertambah masam....letak sedikit gula atau madu untuk bagi rasa manis tu terasa sedikit (untuk kanak-kanak tak digalakkan gula,madu tak apa)


tadaaa....
ok siap!
lepas balander dengan yogurt tu so korang boleh la letak dalam bekas, macam sis lebih suka letak dalam botol, senang sikit nanti sebab bila anak nak minum terus sumbat je dalam mulut....hehehehe

apa kelebihan dan khasiat vitagen homemade ni?
first kita sendiri yang buat so kita tahu apa kandungan dan bahan yang kita pakai, selain itu terjamin halal dan bersih. Kalau beli vitagen yang kat luar tu belum tentu lagi buah tu bersih dan fresh kan?
tambahan pula pengunaan pewarna of course depe guna tapi kita tak...semula jadi itu lebih baik!


ok, insyallah ada rezeki sis share lagi tips dan resepi si manja dan si ibu!
Bye.... :)