Jumaat, 21 Ogos 2015

Alahan datang berleluasa

As salam dan hey semua.....


Alhamdulillah bulan ni genap la 5 bulan sebagai "mom to be"
setakat ni memang tak ada alahan, ataupun badan ni memang dah kebal sangat sampai nak rasa "morning sickness" tu memang jauh sama sekali nak rasa.....

muntah-muntah tu kira boleh rasa dalam 5x je sepanjang pregnent ni, itu pun sebab demam panas yang sampai tak boleh nak berdiri ataupun duduk!
alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan baru-baru ni shida berjaya berpuasa selama 30hari tanpa ponteng....walaupun dua hari sebelum raya dapat serangan demam panas yang sampai tak boleh nak bangun, dah tu suami pulak demam....masa berbuka tu makan apa ada dan terima kasih mak mertua sebab hantar makan.....hihihi


Demam mase pregnent ni memang tension sebab pemakanan kena kawal dan tak boleh makan sebarangan ubat, shida memang takut doktor sebab takut kena ambik darah....huhuhu
Tiada makan ubat...tiada minum susu pun semasa deman....hanya berbekalkan air kelapa muda sahaja. Dari pagi sampai la malam minum air kelapa je,mase tu cakap kat baby "kita kena kuat!cepat sihat sebab nak raya.....i love u!" 
walaupun suami deman tapi nampak kesungguhan dia merawat isteri......makan minum memang dia sediakan sebab dah tak mampu nak bangun, urut kepala dan badan...sampai korek kerak kelapa muda tu pon dia buat!memang best dan heaven sangat sebab dianugerahkan suami yang prihatin.....

Back to story, alhamdullilah pagi raya dah sihat...so giliran shida pulak untuk merawat si suami yang sedang deman, tahun ni raya ala kadar dan tak sempat nak planning nak pakai sedondon....tapi tak pe semua tu tak penting walaupun baju warna lain tapi hati tetapi satu warna!



Sepanjang pregnent ni ramai yang share story alahan, ada yang tak tahan bau suami dan rumah sampai terpaksa pisah tempat tidur....ada yang alah kepada minyak masak sampai tak nak masuk dapur so selama pregnent ni si suami kena makan luar gitu....hehehehe

tapi macam shida semuanya boleh terima dan boleh buat malah kalau dulu memang tidur awal tapi sekarang ni lebih rela membulatkan mata sampai pukul 4 pagi...kemudian baru tidur, ko rasa boleh tension tak? arrrggghhhhh..... >_<

ya allah!
apa-apa pun tak kisah la sama ada bayi tu lelaki ataupun perempuan cuma apa yang perlu pada seseorang ibu adalah mendoakan kesihatan bayi yang baik dan dalam keadaan sempurna.....walaupun hitam atau putih kulit tu bukan satu masalah, sebab warna boleh bertukar bila besar nanti, masa tu macam-macam suppliment boleh makan...hahaha, so tak perlu kalut sangat! geram dengan segelintir manusia yang suka menghina tanpa fikir perasaan ibu dan bapa bayi tu....semua tu ada hikmah dari allah! amiiiinnnn.....






















Isnin, 17 Ogos 2015

Keep Calm & now i will be......

As salam dan hey semua.....


Fuh! dah lama menyepi dan akhirnya muncul juga satu entry yang mungkin sebagai salah satu kenangan yang perlu diabadikan..... Menyepi bukan kerana sibuk bekerja tetapi menyepi kerana kurang idea untuk mengarang, terlalu focus terhadap angan-angan yang belum pasti menjadi kenyataan, ceewahh!

Sebelum ni shida pernah share satu entry mengenai "bleeding",but now i have a new story!
"Mom to Be"


alhamdullilah!
akhirnya shida bakal bergelar seorang ibu....


selepas bleeding memang tak pernah merancang untuk mempunyai "baby" apa-apa pun hanya berserah kepada allah sama ada awal ataupun sebaliknya..... mempunyai seorang suami yang sangat cool adalah satu bonus yang allah kurniakan pada shida!tidak mengharap tetapi kalau dapat itu adalah rezeki :')

Mula-mula dapat tahu pregnent,sama macam keadaan first pregnent dulu....
so start upt, tu pun buat tengah malam sebab baru ada feel nak melalak hihihi ....
ok fine +ve! 
untuk upt yang second batch ni shida hanya mengunakan yang biasa sahaja dan tak pakai digital clearbluee sebab tak nak terlalu ghairah walaupon hati memerontak nak test guna tu.... :'(

Ma : Pa! rasa tak puas hati la sebab tak tahu dia dah berapa weeks,jom beli clearblue nak?
Pa : tak payah la beli, bazir je....kita jumpa terus doktor so conform betul dia punya jangka
Ma : ala, nak jugakkk 
Pa : tak ingat ke sejarah sebelum ni? jangan excited sangat sebab kena hati-hati...ok?

bila dengar suami cakap macam tu,oh ok! mungkin sejarah sebelum ini merupakan sesuatu kenangan pahit tetapi itulah pengajaran yang perlu untuk kita ambik ikhtibar.
Masa first dulu sebelum buat buku merah decide checkup di Private but now segalanya kesederhanaan....terus buat buku pink and checkup seperti biasa....

yeah! akhirnya buku merah dah dapat...
masa checkup tu memang berat,tinggi, tekanan darah overall "good", tambahan pulak HB 12.5 so setiap buku merah akan tampal sticker 4 warna so shida dapat warna putih!(yg ni rujuk google erk)
i love u baby!


Pengalaman pregnent kali ni mungkin tak se-excited yang dulu tapi percayalah,saat mula kita mengetahui yang kita bakal bergelar seorang ibu itu adalah hadiah yang sangat bermakna...dimana kita akan merasa saat "morning sickness", bagaimana terseksanya untuk menelan pelbagai supplement untuk memastikan kesihatan si anak dijamin sihat terutama "susu" dan saat yang paling gerting adalah saat kita merasa perut kita membesar dari hari ke hari serta merasakan sakitnya apabila perut mengeras dan "kick" 

itu semua kenangan terindah!







insyallah, nantikan entry seterusnya....huhuhu!