As salam dan hey semua.....
Fuh! dah lama menyepi dan akhirnya muncul juga satu entry yang mungkin sebagai salah satu kenangan yang perlu diabadikan..... Menyepi bukan kerana sibuk bekerja tetapi menyepi kerana kurang idea untuk mengarang, terlalu focus terhadap angan-angan yang belum pasti menjadi kenyataan, ceewahh!
Sebelum ni shida pernah share satu entry mengenai "bleeding",but now i have a new story!
"Mom to Be"
alhamdullilah!
akhirnya shida bakal bergelar seorang ibu....
selepas bleeding memang tak pernah merancang untuk mempunyai "baby" apa-apa pun hanya berserah kepada allah sama ada awal ataupun sebaliknya..... mempunyai seorang suami yang sangat cool adalah satu bonus yang allah kurniakan pada shida!tidak mengharap tetapi kalau dapat itu adalah rezeki :')
Mula-mula dapat tahu pregnent,sama macam keadaan first pregnent dulu....
so start upt, tu pun buat tengah malam sebab baru ada feel nak melalak hihihi ....
ok fine +ve!
untuk upt yang second batch ni shida hanya mengunakan yang biasa sahaja dan tak pakai digital clearbluee sebab tak nak terlalu ghairah walaupon hati memerontak nak test guna tu.... :'(
Ma : Pa! rasa tak puas hati la sebab tak tahu dia dah berapa weeks,jom beli clearblue nak?
Pa : tak payah la beli, bazir je....kita jumpa terus doktor so conform betul dia punya jangka
Ma : ala, nak jugakkk
Pa : tak ingat ke sejarah sebelum ni? jangan excited sangat sebab kena hati-hati...ok?
bila dengar suami cakap macam tu,oh ok! mungkin sejarah sebelum ini merupakan sesuatu kenangan pahit tetapi itulah pengajaran yang perlu untuk kita ambik ikhtibar.
Masa first dulu sebelum buat buku merah decide checkup di Private but now segalanya kesederhanaan....terus buat buku pink and checkup seperti biasa....
yeah! akhirnya buku merah dah dapat...
masa checkup tu memang berat,tinggi, tekanan darah overall "good", tambahan pulak HB 12.5 so setiap buku merah akan tampal sticker 4 warna so shida dapat warna putih!(yg ni rujuk google erk)
i love u baby!
Pengalaman pregnent kali ni mungkin tak se-excited yang dulu tapi percayalah,saat mula kita mengetahui yang kita bakal bergelar seorang ibu itu adalah hadiah yang sangat bermakna...dimana kita akan merasa saat "morning sickness", bagaimana terseksanya untuk menelan pelbagai supplement untuk memastikan kesihatan si anak dijamin sihat terutama "susu" dan saat yang paling gerting adalah saat kita merasa perut kita membesar dari hari ke hari serta merasakan sakitnya apabila perut mengeras dan "kick"
itu semua kenangan terindah!
insyallah, nantikan entry seterusnya....huhuhu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan