As salam dan hey semua....
alhamdullilah, hari ni my little caliph genap 4 bulan 2 hari . Masa pantas sangat berlalu dan rasa baru semalam je keluar dari "labour room". oh ya, seperti yang dijanjikan hari ni shida nak ceritakan siapakan baby "LA" yang selalu dok sebut nama short form tu kan?
selama mengandung 9 bulan memang tak terfikir pun siapakah nama baby ni?sebab bab pemilihan nama, shida dan suami sangat lemah sehinggakan untuk menamakan kucing dalam rumah pun boleh bakal mengundang stress dan magrin taw! hehehe.....
sehingga baby dah pun lahir ke bumi allah ini, baru duk sibuk malam tu pergi cari buku nama-nama pilihan.... (jangan tiru)
setiap kali checkup dengan doktor dan nurse mesti diorang tanya
"apa nama baby?dah cari"
"belum...saya pun stress sebab susah nak cari nama...hehehe"
ok, back to the story!
........
..........................
Sebuah nama indah yang menjadi persetujuan kami suami isteri untuk my little caliph!
untuk mencari sesebuah nama memerlukan maksud yang indah dan baik-baik kerana sesebuah nama itu mengambarkan sikap dan perangai seseorang, selain itu nama yang indah adalah nama yang bakal dipanggil semasa dipadang masyar nanti....itu sebab pentingnya nama-nama yang indah walaupun nama itu simple!
Luqman sepertimana yang kita ketahui, di dalam al-quran ada tertulis surah luqman dimana surah luqman merupakan amalan yang terbaik dibaca oleh ibu yang mengandung. Tapi nama Luqman ni shida bukan ambil dari al-quran atau mana-mana sumber tapi nama ini datangnya dari sebuah "MIMPI"
seminggu sebelum luqman lahir kedunia, shida ada bermimpi bertemu seorang lelaki berjubah putih,lelaki tu dalam lingkungan 40an, dia serahkan shida sebuah kitab bertulisan dalam bahasa arab dan dia tunjukkan satu perkataan arab yang bertulis "LUQMAN" , kemudian lelaki itu berkata "namakan anak kamu dengan nama ini....ambil buku ini dan cari maknanya,sekiranya kamu ingin tambah nama lain dibelakangnya "dipersilakan". Dalam mimpi tu ada banyak tersusun buku macam library, waktu sibuk mencari buku nak tahu maksud luqman, bila toleh kebelakang lelaki tua tu pun hilang.... masa ni terus terjaga then kejut suami, ceritakan mimpi tu! tapi terfikir juga masa ni, sesuai ke nama luqman?kang bubuh nama lain takut nanti tak sesuai mula nangis tak berhenti-henti macam dalam cerita "ahmad albab" ....hehehe....
keesokkanya, kami cari maksud luqman iaitu "jelas/penjelasan" so tick satu nama,cuma nak cari nama gabungan je lagi
Adrian ni suami yang tambah sebab dia memang dah lama berkenan, nama adrian ni memang tak ada dalam buku nama-nama pilihan ataupun dalam bahasa arab. Adrian ni berasal dari bahasa latin a.k.a italik dan dalam bahasa yunani.
tapi setelah dikaji rupanya maksud adrian merangkumi pelbagai maksud dimana
Bahasa latin & yunani
sesebuah bandar yang kaya-raya
Bahasa Arab (research)
bumi yang hitam teguh penuh dengan anugerah
wow! sedap jugak maksud tu....so kami suami isteri pun decide nama tu dengan nama mimpi yang sebelum ini, maka jadilah
LUQMAN ADRIAN
jelas/penjelasan, kaya-raya/bumi yang hitam teguh penuh dengan anugerah.
Mengikut pendapat ilmuan, nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai. Nabi saw menyatakan sunat untuk meletakkan nama yang membawa maksud baik-baik, tapi tidak menyatakan wajib menggunakan bahasa Arab, namun mmg baik digunakan untuk beroleh keberkatan dari bahasa Al-Quran. Ustaz Azhar Idrus juga pernah menyatakan boleh guna semua bahasa dunia asalkan tidak membawa maksud yang buruk dan syirik. Namun yang paling penting, sebagai ibu bapa kenalah pandai didik anak kita supaya akhlak dan akidahnya terbela, kalau kita terlalu bergantung pada nama untuk menentukan nasib seseorang, tak betul juga kan, takut menyimpang dan syirik pula nanti.
tak sangka dalam tak pandai cari nama anak akhirnya berjaya jugak pilih, walaupun ramai yang cakap "peliknya nak sebut" "nama macam ala-ala indonesia" "sedap nama tu"
macam-macam feel manusia yang mengambarkan nama baby "LA" ni tapi semua tu tak kisah pun sebab bagi shida nama tu dah cukup indah! so perfect, baby pun tak menangis dan tak banyak ragam....insyallah sangat sesuai dengan baby..... dan sangat murah rezeki.alhamdullilah!
ok daa...
love u luqman....
BalasPadamcantik nme tu... :)