Rabu, 23 Disember 2015

Maternity Shoot..

Assalamualaikum.

Ok dah ada mood semula nak type untuk entry kali ni. hehe.... Entry kali ni bersemangat sedikit sebab saat-saat cuti panjang daripada berkerja bakal menjelma dua hari lagi....
Inilah untungnya kalau cuti tahun masih banyak so bolehlah rest goyang kaki untuk saat akhir sementara menunggu masa........


Cabaran 39weeks bersamaan 9bulan ni shida bawak anak dalam perut ulang alik dari tempat kerja setiap hari, sangat bertuah memiliki staff yang sangat perihatin dan saling tolong menolong....tak pernah berkira even itu memang tugas shida....

ok now kita cerita pasal maternity shoot!
Ahad lepas, shida memang dah lama plan nak buat maternity shoot ni tak sangka tercapai juga impian even tak shoot dengan photography pro punya....
masa shoot ni shida minta tolong dari adik ipar, jimat dah kat situ....selebihnya just tambah prop sikit-sikit dan pandai-pandai la touch-up!haha...

masa shoot maternity ni dah plan nk order belon gas helium, tapi masa sangat menceburi dengan keadaan cuaca yang nak hujan so kami cuma shoot kawasan yang dekat-dekat macam Taman & Plan B (kawasan tertutup,so senang)..hehehe...
Shoot ni sebagai kenang-kenangan untuk 1st time merasa nikmat mengandung. Nanti anak dah keluar boleh kasi tengok :P  Maybe boleh jadi jugak idea untuk korang nak shoot nanti ke.Mana tauu.

Jom layan gambar. Entry kali ni lebih kepada entry bergambar je.. :)


my babybump :')

sesetengah orang cakap perut shida ni besar...ada yang cakap kecil,huhuhu
tapi sebenarnya perut shida ni kecik je kalau tengok depan-depan, dalam gambar biasa laa, effect gambar tu kadang2 nampak besar.... 

Harta dunia akhirat saya.... :)

sepanjang pregnent ni bersyukur sangat sebab dia seorang suami yang sangup tahan penat lelah ikut kerenah isteri dia walaupun kadang-kadang kalau dah tak larat sangat mesti dia akan luah.... 
"susah la layan isteri degil ni...."
ayat penyedap hati "degil sebab baby ni yang suruh...."




Version tembam :'D 
Bukan selalu boleh tembam camni..hee.


"Assalamualaikum baby" :)


Best rupa-rupanya bila mengandung. Ya Allah..Tuhan saja yang tau perasaan ni..




Ya Allah, peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,

Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.





Bye, Assalamualaikum





























































Khamis, 17 Disember 2015

VCO pilihan terbaik......

As salam dan hey semua......




Hari ni shida nak share salah satu supplement yang menjadi kegemaran shida dan menjadi salah satu supplement yang sedang hangat dipasaran!
Maaf la kalau blog ni banyak menceritakan tentang perihal baby dan lebih kepada keluarga sebab blog ni khas untuk ibu-ibu yang sedang menghadapi saat-saat bergelar ibu  ataupon masih dalam berusaha lagi utk pregnant :)

alhamdullilah, sejak shida menggunakan produk VCO jenama d'aura ni banyak perubahan yang shida dapat, first sejak pregnent ni sering diserang demam....kalau cuaca panas memang cepat deman,kena hujan sikit pun dah mula badan tak berapa sihat. tapi lepas minum VCO ni badan dah mula semangat dan sihat je

Buku pink sepertimana yang uolls tahu setiap kali checkup, nurse akan ambik darah nak check HB, setakat ni HB tak pernah lagi dapat pen warna pink tapi target hb tu macam dah atas-atas pagar.....bila shida start cosume VCO ni alhamdullilah shida dapat target HB macam mula-mula shida checkup dulu! VCO memang terbaik....

tadaaaa.....
Jauh beza kan?
Dari 11.7 turun 11.6 dan selepas cosume VCO ni shida berjaya naik balik seperti mula-mula dulu HB >> 12.6! so sekarang dah boleh percaya x? VCO ni memang terbaik, selain dari naik HB.... >_<


VCO ni ada dua jenis, pertama softgel ia dalam bentuk pil....telan macam biasa,kalau nak sapu kat muka atau atas perut uolls just cucuk je pil tu dan air tu la uolls sapu kat mana rasa berkenan...
VCO kedua sejenis liquid, dalam satu box ada dua botol....memang jimat sebab satu botol untuk minum dan satu botol untuk buat pelbagai sapuan dibadan, shida lebih suka liquid ni sebab kuantiti lebih banyak walaupun rasa dia ya allah! memang rasa macam kita minum minyak masak kat dapur tu....selain tu boleh juga sapu di sekitar perut dan muka, walaupun bau dia agak tak berapa nyaman tapi khasiatnya memang bagus tambah untuk baby dalam perut


Cara makan VCO d'aura:
Makan 2x sehari selepas makan
sebelum makan/minum selawat dahulu

*tidak boleh dilangkah,sebaiknya letak ditempat yang selamat dan tinggi


Last but not least, 
speacially mom to be yang masih mencari VCO d'aura ni dan nak order boleh la melalui 
SHIDA HAZRAN
017-5280661
jangan risaw, VCO ni memang original dari ladang HQ dia sendiri, insyallah akan membantu mom to be diluar sana, depand pada tekak uolls jugak sama ada nak VCO jenis softgel or liquid....

insyallah kita jumpa lagi nest entry!
Dadaaaa....
































Rabu, 9 Disember 2015

Feeling Maternity Beach


 As salam dan hey semua.....


Pada mulanya memang tak plan pun nak berjalan tepi pantai, tapi bila suami cakap dia nak beli ikan & udang fresh sebab tiba-tiba rasa mengidam so terpaksa-lah ikut kehendak dia....kebetulan pulak masa tu adik ada family day kat sini , so boleh la join sekali..... :'}


 Kalau nak ikutkan cerita memang shida nak buat maternity shoot, macam ala-ala princess gitu...kalau boleh nak ala garden...Disebabkan jarang datang kelaut ni so ambiklah kesempatam untuk feeling maternity shoot ala beach!gituwwww....
shoot ala kadar je, tu pun adik beradik sendiri yang tolong snap... 


sementara tengah pregnent ni, masa ni la kenangan yang terindah untuk diabadikan sebab menunggu saat-saat perut mencecah 8 bulan keatas adalah salah satu kenangan yang sangat kita dinantikan dimana mendengar denyutan jantung, pergerakkan bayi yang membuatkan kita terasa "eh,lasaknya dia...." merasa kesakitan tulang belakang dan kesakitan bila kaki dan tangan membengkak dengan comelnyaa.... :')

semua tu anugerah yang tak dapat untuk kita bayangkan perasaan gembiranya menikmati saat tu...


Masa ni kandungan baru mencecah 8bulan....
Dan masa ni la banyak andaian yang shida dengar dari uolls, ada yang cakap "mesti baby girl" dan ada yang cakap "maybe u dapat baby boy la"..... thanks sebab masih lagi berteka-teki siapakah jantina bayi ini!nama baby pun belum kata putus lagi, lepas tu baby nak panggil kami apa pun tak decide lagi....dasyat kan?
segalanya tunggu baby keluar dan kita boleh lihat sama ada baby tu lelaki atau perempuan....
marilah kita meneruskan teka-teki ini, siapa yang betul shida bagi hadiah!serius ni...hahahaha

:'}
masa ni dekat teluk senangin, pantai dia memang first class,cantik dan bersih je...suka sangat!
bagi uolls yang berhajat untuk membuat maternity ala beach ni, shida suggestkan uolls datang sini, sebab tempat dia memang best.....kalau ada bajet lebih dan besar uolls boleh tempah OP, tapi kalau macam tak nak over sangat uolls boleh mintak adik-beradik ataupun kawanII untuk tolong ambik gambar..... kan?


Dia adalah suami yang terbaik bagi saya!
apa yang saya nak semua dia bagi, tapi alhamdullilah sebab selama pregnent ni belum lagi mengidam apa-apa cuma nampak apa je depan mata terus beli... :}
seorang tukang urut, seorang chef, seorang driver dan seorang maid yang sangat saya sayang!
semoga menjadi "daddy" yang terbaik!


Tak zabarrr nak tunggu Junior shazarul ridzuan & rashida hazran!


ok tadaaa...























Rabu, 2 Disember 2015

Welcome December 2015 ++ 8 month

As salam dan hey semuaaaaa.....! :)



Dah lama menyepi, sekarang baru ada ruang untuk update blog.....
sejak dah jadi bini ni baru tahu bertapa sibuknya menguruskan hal ehwal rumahtangga, umpama seperti menguruskan pentadbiran negara....ceewaahh~

 Bulan november pun dah berlalu pergi, kini bulan december bagi pengakhiran 2015 dah pun masuk....alhamdullilah,sekarang ni aku berada difasa ke-3 iaitu three trismester dimana mom to be sedang melalui saat akhir sebelum bersalin.....

Bila dengar perkataan bersalin ni memang la seriau,sedih,takut dan gerun tapi saat itu akan tiba juga dan kita akan menghadapi saat gerting tu, bukan senang nak merasa sakit bersalin dan bukan semua wanita diluar sana akan merasa sakit bersalin.....syukur kehadrat illahi kerana aku diberi peluang untuk kali kedua merasa saat perut membesar,saat perut bergongcang dan bakal merasa saat sakit itu....walaupun sebelum ini aku hanya merasa 2 bulan sahaja mengendung perut ni... :')


Jika diberi pilihan cara bersalin, memang mengharapkan supaya bersalin secara normal supaya sakit yang aku alami tu akan mengigatkan bertapa hebatnya menjadi sebagai seorang ibu! Dan bertapa bernilainya pengorbanan ibu kita yang melahirkan seorang khalifah dimuka bumi ini..... 


suami selalu tanya
"bila nak bersalin ni?lama lagi ke?"

aku jawab
"eh,sabar la sayang....baru berapa weeks je ni?mama dah pesan kat baby nak keluar next year sebab boleh sambut birthday sekali"

dia jawab
"eleh,ma jangan risau! papa ada, allah ada...insyallah semua ok!"



Macam tahu-tahu je yang aku ni sebenarnya takut nak bersalin, Asyik fikir je, macam manalah sakit bersalin tu sebab menahan sakit pinggang dengan tulang belakang ni pun dah hampir nak patah.....hihihihi


Last but not least, sekarang ni genap 35weeks so shida nak menyusup 10 jari memohon kemaafan dari uolls yang mengenali shida sekiranya ada membuat uolls terasa atau termakan dan terminum tanpa izin.... doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat!aminnnn....

Jumpa next entry, mana tahu pasal maternity shoot ke....hihihi
tatata~~~