Rabu, 23 Disember 2015

Maternity Shoot..

Assalamualaikum.

Ok dah ada mood semula nak type untuk entry kali ni. hehe.... Entry kali ni bersemangat sedikit sebab saat-saat cuti panjang daripada berkerja bakal menjelma dua hari lagi....
Inilah untungnya kalau cuti tahun masih banyak so bolehlah rest goyang kaki untuk saat akhir sementara menunggu masa........


Cabaran 39weeks bersamaan 9bulan ni shida bawak anak dalam perut ulang alik dari tempat kerja setiap hari, sangat bertuah memiliki staff yang sangat perihatin dan saling tolong menolong....tak pernah berkira even itu memang tugas shida....

ok now kita cerita pasal maternity shoot!
Ahad lepas, shida memang dah lama plan nak buat maternity shoot ni tak sangka tercapai juga impian even tak shoot dengan photography pro punya....
masa shoot ni shida minta tolong dari adik ipar, jimat dah kat situ....selebihnya just tambah prop sikit-sikit dan pandai-pandai la touch-up!haha...

masa shoot maternity ni dah plan nk order belon gas helium, tapi masa sangat menceburi dengan keadaan cuaca yang nak hujan so kami cuma shoot kawasan yang dekat-dekat macam Taman & Plan B (kawasan tertutup,so senang)..hehehe...
Shoot ni sebagai kenang-kenangan untuk 1st time merasa nikmat mengandung. Nanti anak dah keluar boleh kasi tengok :P  Maybe boleh jadi jugak idea untuk korang nak shoot nanti ke.Mana tauu.

Jom layan gambar. Entry kali ni lebih kepada entry bergambar je.. :)


my babybump :')

sesetengah orang cakap perut shida ni besar...ada yang cakap kecil,huhuhu
tapi sebenarnya perut shida ni kecik je kalau tengok depan-depan, dalam gambar biasa laa, effect gambar tu kadang2 nampak besar.... 

Harta dunia akhirat saya.... :)

sepanjang pregnent ni bersyukur sangat sebab dia seorang suami yang sangup tahan penat lelah ikut kerenah isteri dia walaupun kadang-kadang kalau dah tak larat sangat mesti dia akan luah.... 
"susah la layan isteri degil ni...."
ayat penyedap hati "degil sebab baby ni yang suruh...."




Version tembam :'D 
Bukan selalu boleh tembam camni..hee.


"Assalamualaikum baby" :)


Best rupa-rupanya bila mengandung. Ya Allah..Tuhan saja yang tau perasaan ni..




Ya Allah, peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,

Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.





Bye, Assalamualaikum





























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan