Rabu, 2 Disember 2015

Welcome December 2015 ++ 8 month

As salam dan hey semuaaaaa.....! :)



Dah lama menyepi, sekarang baru ada ruang untuk update blog.....
sejak dah jadi bini ni baru tahu bertapa sibuknya menguruskan hal ehwal rumahtangga, umpama seperti menguruskan pentadbiran negara....ceewaahh~

 Bulan november pun dah berlalu pergi, kini bulan december bagi pengakhiran 2015 dah pun masuk....alhamdullilah,sekarang ni aku berada difasa ke-3 iaitu three trismester dimana mom to be sedang melalui saat akhir sebelum bersalin.....

Bila dengar perkataan bersalin ni memang la seriau,sedih,takut dan gerun tapi saat itu akan tiba juga dan kita akan menghadapi saat gerting tu, bukan senang nak merasa sakit bersalin dan bukan semua wanita diluar sana akan merasa sakit bersalin.....syukur kehadrat illahi kerana aku diberi peluang untuk kali kedua merasa saat perut membesar,saat perut bergongcang dan bakal merasa saat sakit itu....walaupun sebelum ini aku hanya merasa 2 bulan sahaja mengendung perut ni... :')


Jika diberi pilihan cara bersalin, memang mengharapkan supaya bersalin secara normal supaya sakit yang aku alami tu akan mengigatkan bertapa hebatnya menjadi sebagai seorang ibu! Dan bertapa bernilainya pengorbanan ibu kita yang melahirkan seorang khalifah dimuka bumi ini..... 


suami selalu tanya
"bila nak bersalin ni?lama lagi ke?"

aku jawab
"eh,sabar la sayang....baru berapa weeks je ni?mama dah pesan kat baby nak keluar next year sebab boleh sambut birthday sekali"

dia jawab
"eleh,ma jangan risau! papa ada, allah ada...insyallah semua ok!"



Macam tahu-tahu je yang aku ni sebenarnya takut nak bersalin, Asyik fikir je, macam manalah sakit bersalin tu sebab menahan sakit pinggang dengan tulang belakang ni pun dah hampir nak patah.....hihihihi


Last but not least, sekarang ni genap 35weeks so shida nak menyusup 10 jari memohon kemaafan dari uolls yang mengenali shida sekiranya ada membuat uolls terasa atau termakan dan terminum tanpa izin.... doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat!aminnnn....

Jumpa next entry, mana tahu pasal maternity shoot ke....hihihi
tatata~~~


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan