As salam dan hey semua!
Seperti yang dijanjikan, Hari ni nak share sikit menu baby yang mana mudah dan cepat untuk kita sajikan selain daripada bubur nasi. Memandangkan sejemput Luqman tidak sukakan bubur nasi so aku decide untuk bagi dia makan puri dahulu, so puri ini perlulah dipelbagaikan bagi dia dapat mengenal tektur rasa.....tak kisah la nak puri buah or puri sayur!
Puri pisang ni speacial sikit sebab tak macam buah lain yang perlukan steam, so disebabkan pisang ni lembut boleh terus lenyek je, ikut suka la nak lenyek dengan lesum batu (gurau) or belender. Pisang ni ada yang suggest pisang emas dibawa berlayar tapi disebabkan tak kenal jenis-jenis pisang maka grab je mana yang sempat. Pisang ni boleh dapat kat "tesco" sangat fresh dan cantik isi dalam selain tu sangat sedap dan manis!
Sebelum nak balander, pastikan pertama balander tu khas semata-mata untuk balander makanan bayi, jangan pulak korang duk guna yang full package balander rumah yang memang dah pernah balander cili erk?
aku pakai yang balander biasa, tak ada pakai jenama avent or philip so dah jimat kos kat situ...kikikiki
Lepas potong kecik-kecik,masukkan kedalam balander, kemudian uolls masukkan air sedikit... nak lebih smooth uolls boleh letak susu, kalau yang jenis BF baby so digalakkan campur dengan susu badan, tapi dalam kes aku ni aku guna susu tepung.... so 4 biji pisang + 2 senduk susu s26
kalau yang susu badan terus jela bubuh, tapi yang jenis pakai susu tepung macam aku....nak senang korang bancuh dulu susu tu then baru tuang dalam balander, kes aku ni nak senang kerja aku letak air masak + 2 senduk susu s26, sebab nanti balander je terus...senang kan?
tadaa....
aku buat limit seminggu je, memandangkan aku kerja 5 hari kan?so aku mmg buat stock satu kat pengasuh (mak mertua yg jaga) satu dekat aku, satu jenis puri aku buat limit untuk dua bekas yang comel bercorak love-love supaya nanti bila anak aku makan terasa-lah kasih sayang aku....wakakaka
ikut suka korang la, nak bagi puri sahaja or boleh campur dengan bahan lain....sebenarnya resepi bayi ni boleh diperbagaikan asalkan tak sembelit erk?macam aku lebih suka puri campur dengan carelac sebab bagi lebih nyammm...nyammmm bila anak aku makan!
tapi ikut jugak la carelac tu, kalau buah-buahan korang campur la carelac yang title buah-buahan...kalau sayur campur carelac sayur....macam aku nk senang, aku pilih carelac beras+susu sebab kalau nak campur dengan puri buah or sayur pun tak jadi masalah.....

aku campur puri dengan carelac beras + susu, alhamdullilah anak aku makan dengan laju je tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan sebab nak harap cerelac sahaja memang uweek la...so bila tambah puri ada jugak perisa. kalau ikutkan Doktor lebih sarankan bayi makan bubur nasi tapi nak suap bayi makan pun kena la ikut demand diorang jugak kan, tak pasal-pasal rugi je....wakakakaka

biskut by milna....
aku refer beli biskut ni sebab tak ada pilihan biskut lain masa tu, so grab yang ni....kikiki
selain campur dengan carelac aku campur puri dengan biskut ni, tapi masa tu aku beli perisa original so apa-apa puri pun boleh campur...nyammmm!
Buat pengetahuan uolls, puri ni sebaik-baiknya untuk penyimpanan yang tahan lama adalah disejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.....kalau yang sejuk biasa boleh tahan 2 hari, manakala kalau diluar peti boleh tahan 2 jam sahaja selepas tu better buang demi keselamatan bayi.....
Nak cakap pandai sangat tentang solid food baby ni tak adalah pandai sangat sebab anak first pulak, itu pun banyak belajar dari senior-senior yang memang dah berderet anak and anak mereka yang lebih tua dari luqman so kutip pengalaman diorang jela.......... selain tu banyak jugak masuk group-group ibu....alhamdullilah, segala petua dan ilmu diorang aku praktis dan sekarang giliran aku pulak share resepi pada bakal ibu yang baru nak jadi ibu atau bakal ibu yang sedang menanti saat masa untuk beri anak mereka makan....memang sangat gementar!
so insyallah kita share resepi yang lain....
bye! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan