Jumaat, 28 Oktober 2016

Gigi secantik bak Darlie

As salam dan hey semua


Yeah! Now sejemput luqman sudah ada gigi, walaupun tak banyak tapi sekali gigit boleh getar lutut taw! setakat ni gigi sejemput luqman adalah  5batang, cuma masa first gigi nak tumbuh tu je dia demam dan seterusnya alhamdulillah tak ada demam.... >_<


Orang cakap kalau gigi cepat tumbuh ni petanda dia mungkin lambat berjalan, fuh!tapi aku tak kisah pun semua tu janji dia ikut step by step dalam pembesarannya......
sekarang ni stay belum boleh berjalan walaupun dah nak masuk 10 bulan....


Hari ni aku nak share tips penjagaan gigi untuk bayi yang baru nak tumbuh gigi dan untuk bayi yang sudah banyak tumbuh gigi.
Tips ni di ambil dari kaunseling doktor Pakar pergigian kanak-kanak so bukan tips suka-suki aku erk?hahahaha!
Memandangkan sejemput luqman  sekarang dalam penjagaan doktor pakar gigi so tips penjagaan tu aku rasa nak share dengan uolls sebab kebanyakkan anak-anak uolls hampir sebaya dengan si luqman.... :)



yang ini salah satu set penjagaan gigi dimana set ni lengkap dengan pencuci gigi, dan berus gusi so dah complete!
Tapi berlainan dengan si Luqman, aku lebih suka pakai berus gigi yang letak kat jari tu. Mudah seperti ABC so tak adalah terjolok dalam mulut kalau pakai yang panjang tu kan....


Berus gigi ni aku beli brand Anakku,sebab siap sekali penutup mean lebih terlindung. Kalau jenama Pureen pun ada tapi tak ada penutup. Harga murah je RM8.90 cam tu,


Kenapa perlu gosok gigi walaupun baby tak makan dan cuma susu sahaja?
Antara yang aku dapat tips penjagaan gigi baby ni dimana kita kena start dari sekarang, walaupun sebatang tapi amat bermakna penjagaan tu, sepertimana yang kita ketahui bagi bayi yang minum susu formula, susu tu memang mengandungi gula dan gula itulah yang akan menyebabkan gigi semakin hari semakin tidak cantik....Doktor syorkan aku untuk setiap kali penyusuan sila lap gigi bayi mengunakan kain seperti  napkin or kain lembut untuk gosok gigi tersebut agar gula yang melekat tu terhakis.....

memandangkan si Luqman sangat sukar untuk digilap gigi tu so aku lebih refer untuk mengunakan berus gigi, lagipun berus ni sangat lembut dan halus sehingga boleh hayal la gitu.... >_<



versi video si jemput, sangat happy gitu....tak caya cuba uolls try kat baby korang, mau riang ria hari raya hari-hari je.... :)



Last but not least, 
Jagalah gigi anak kita sebaik mungkin dan secantik darlie supaya kesihatan gigi lebih terjamin. Insyallah tips yang lain bakal menyusul tak lama lagi, sharing is caring! 
alhamdulillah kerana diberi pinjaman nikmat untuk merasa setiap hari perubahan dan pembesaran si jemput Luqman.....



ok bye!













































Tiada ulasan:

Catat Ulasan