Isnin, 17 Oktober 2016

Duniaku bermula dari Dropship


As salam dan hey semua :)


Baca title tajuk entry kali ni pun dah boleh tahu kot apa yang shida nak cuba share pada uolls tapi mungkin bakal menjadi inspirasi pada uolls kat luar sana.
Seperti mana yang kita ketahui, zaman sekarang ni ekonomi bukan main kencang kan? harga ayam dan ikan pun ngeri rasanya bila nak beli tapi tu keperluan memang wajib la kita sambar.... 
so tu sebab sekarang ni ramai yang buat side income, bak kata orang nak belanja lebih maka kena usaha lebih kan? 

Masa kecik lagi memang benci perniagaan, apa yang suka adalah cashier! sebab boleh main-main tekan mesin lepas tu kira-kira duit, masa tu sel-sel otak masih belum berhubung tu yang kerja macam tu menjadi cita-cita sejak kecik....memang siot! hahahaha.... 
masa sekolah dulu, mak ada buat bisness kecik-kecik macam jual keropok, coklat dan ais cream, mak suruh aku handle tapi yela aku tak suka berniaga!so tolak ke tepi.... 

Umur makin meningkat dan aku pun sambung study dalam jurusan perakaunan dan masa tu aku dah mula berjinak-jinak menguruskan wang sendiri, memang berdikari gila-gila la masa tu! nak arrangekan duit rumah sewa, utiliti, yuran dan what ever la kan.... :P 
dari situ terfikir, macam mana la nk dapatkan side income ni?masa tu hanya fikir makan gaji je, memang tak cukup sebab baru habis study then baru dapat kerja so gaji pun tak de lah meriah sangat....

Masa tu bisness online tak adalah sehebat macam sekarang dan mengambilan dropship masa tu pun tak delah populor macam sekarang ni, so dari situ startegik aku untuk dapatkan sesuatu yang menguntungkan!yes bisnes online....kalau dulu bisness adalah pekerjaan aku yang paling benci tapi sekarang bisness adalah dunia aku!tambahan pulak masa tu kosmetik AURAWHITE adalah produk yang paling letop dan hot, untuk dapat kepercayaan orang so aku kena la try dulu, baru la suggestkan pada semua pelusuk malaysia ni.....


Hanya sebagai dropship aku boleh kaut untung sebulan cecah RM2k-RM3.5K yang penting rajin & usaha lebih! Dari hasil duit itu aku buat majlis pertunangan, aku renovate rumah mak & ayah dan dari hasil duit itulah aku buat untuk majlis kawin.... dan buat apa yang aku sukalah! hahahaha
kalau nak harap makan gaji memang rasa nak lempang je muka ni, sebab jauh beza sangat, even tak perlulah berangan nak ada produk sendiri macam DATO VIDA atau DATO TERLAJAK LARIS pun tak apa...cuba handle dulu jadi dropship dan berlajar macam mana nak layan karenah cust yang 1001 macam perangai...

Peribahasa "cust is always right"
kenapa mereka always alright?sebab jawapan dan soalan mereka boleh menyebabkan sel-sel otak kita tak mampu untuk terfikir macam diorang boleh fikir.
 Tapi kadang-kadang kita sebagai penjual pun wajib jugak ada title "always right" sebab sebelum jual kita mesti kena kaji dulu,bukan main redah even kadang-kadang soalan cust tu agak bimbo tapi kita sebagai penjual kena selalu beri jawapan yang boleh masuk akal walaupun kadang-kadang kita pun terjebak dengan jawapan yang agak bimbo jugak.... >_<

Alhamdullilah, sampai dah ada anak ni aku masih berjuang sebagai seorang dropship, pendapatan aku still sama cuma kalau rajin sikit dapat la lebih, kalau buat sales tu pun kena pandai la sebab cust memang sukakan sales! kalau dulu dropship tak payah nak fikir untung rugi, cuma fikir strategi nak tarik pelanggan...lepas tu satu barang tu boleh cecah untung RM80 paling banyak, kalau sehari? Tapi bila kita sendiri yang bisness, handle sendiri bisness kita, segalanya akan dapat lebih dari itu dan kepuasan yang maximum! Genap 4 tahun jadi dropship dan sekarang ni jika diberikan rezeki nak mencuba menjadi seorang perniaga yang mempunyai brand sendiri....insyallah!aminn.....


Apa-apa pun sebelum mulakan perniagaan mula la dari bawah, supaya kita tahu bagaimana susahnya nak handle sesuatu risiko baik untung atau rugi. Tak salah kalau kita nak berangan setinggi gunung kinabalu sebab anggan-anggan itulah akan menjadi motivasi dalam diri kita suatu hari nanti....

ok bye!



































Tiada ulasan:

Catat Ulasan