As salam dan hey semua
alhamdullilah kerana diberi peluang untuk jari jemari ini menaip sebuah entry yang agak panjang dan penuh bermakna dalam hidup saya, dimana saya ingin berkongsi cerita mengenai kisah pahit dan manis semasa bergelar "mom to be"
Hampir setahun usia perkahwinan saya, tapi kalau nak diikutkan usia perkenalan kami menjangkau lebih kurang 8tahun....lama kan?
macam-macam kami harungi dari susah sehingga kami berjaya dan dapat apa yang kami nak.
Dianugerahkan suami yang sangat cool,walaupun terlalu banyak leteran dan bebelan setiap hari dan masa....bebelan dia adalah satu jalan cerita yang boleh menerbitkan sebuah novel. fuh!Hidup saya selepas berkahwin sememangnya berubah 360 darjah. Berubah kepada segala-galanya. Daripada hidup seorang, kini hidup berdua bersama suami yang amat saya sayangi dan dalam masa yang sama merasa diri ini dicintai setiap hari :'p
selepas je diijab kabul memang kami tak ada plan or mengharap sangat untuk dapat zuriat, lambat atau cepat itu semua kami berserah pada illahi....now!berita gembira yang kami tunggu akhirnya +ve!
doa dari kedua keluarga dan kawan rapat akhirnya allah telah dengar....
masa mula-mula tahu pregnent tu cuma agak je...sebab badan memang lain macam, tak pernah rasa macam cepat penat, asyik nak tidur je,makan memang kuat sebab kalau ikutkan memang la suka 2x tambah tapi kali ni macam dah 4x tambah kau rasa?hihihihi
masa buang air kecil (hanya org pregnent je taw warna & bau so tak perlu nak cerita erk)
setiap hari mesti nak cari goreng pisang dengan keropok lekor, mesti setiap hari dan tak boleh miss! (sintom pregnent)
masa tu relax lagi la....malas nak urine test sebab rasa macam takut sangat nak tahu kalau tiba-tiba -ve, hormon dalam badan jangan cakap la sebab "terlampau rajin" semua kerja rumah nak settle dan mesti nak cuci bersih.....setiap minggu mesti nak angkat karpet cuci dan jemur, so boleh bayang tak bertapa kuatnya saya masa tu angkat karpet?huhu
Beberapa bulan sebelum urine test saja borak-borak dengan suami :: "pa suka baby boy or girl" dengan lantas si suami pun balas "ironman!boy la...sebab ada kawan tapi kalau girl ni ok je,tapi tak kisah pon dapat iroman ke atau salormon pon dah ok ma...." alhamdullilah!
apa pun jantina kandungan tu tak penting, yang penting baby tu sihat dan gebu!
Hari yang ditunggu sudah tiba, terdetik dekat hati nak buat urine test....cadang nak surprise dekat suami tapi tahu-tahu jela sebab suami saya ni jenis yang suka berkepit kemana saja pergi so nak buat apa-apa mean surprise birthday pun rasannya memang "mimpi-mimpi indah" kot?hihihi
taraaaa....
result +ve tapi masa ni beli yang murah je kat watson dengan harga RM5 sebab tak nak membazir kalau tiba-tiba -ve pulak, lepas je test macam tak percaya sebab ada dua line, kelam kabut cari sampel sebab nak tahu kenapa dua line?hihihi
(first time test memang macam dunggu)
bila dah tahu result tu terus lari kat suami bagi taw yang urine test tu "double line beb"
dua-dua tercengang sebab macam tak percaya yang kami ni akan digelar "mom n dad to be"
memang termenung panjang la, tapi bila adik ipar bagi taw yang urine test ni tak boleh percaya sebab benda murah ni kadang-kadang menipu je?
tapi memang ada betulnya sebab benda murah so kualiti pun belum pasti terbaik.
Disebabkan perasaan ragu-ragu tu, saya pergi beli upt yang lain. Tapi kali ni beli versi "digital"
keesokkanya, saya minta suami bawak saya ke watson semula sebab nak cari urine test yang ada brand dan mahal, ya allah memang susah nak dapat sebab ada yang mahal tu dia punya urine test nipis macam kertas, macam tak berbaloi je, bila fikir balik betul ke ni urine test?
Last but not least,
saya decide untuk beli "digital urine test" satu-satunya urine test yang tak perlu nak double line, cuma akan keluar bacaan mingguan. Maksudnya berapa minggu kandungan dalam perut tu. power tak?tak perlu nak fikir dan beria nak kira kat calender berapa bulan dah tak datang period...
masa cari digital urine ni memang rasa nak nangis sebab masuk aeon memang dah solt out, pergi pulak masuk watson UO pun dah solt out sampai cakap dekat suami
"tak akan semua orang pregnent kot?dasyat tu.... hampir 5 kedai dah jelajah sampai masuk gardian pon tak ada dan akhirnya jumpa jugak dekat watson pekan lama, harga RM30.90. balik rumah terus test.
So, inilah hasilnyaaa :')
Saya beli upt digital jenama
"clearblue". hasilnya 3+, maksudnya lebih dari 5weeks mean dekat satu bulan lebih....lepas je dapat result ni terus snap gambar sebab nanti tulisan tu tak kekal lama.
panggil suami bagi taw +ve tapi yang peliknya dia boleh tanya
"3+ apa?" ish!
klinik swasta
Lusa terus pergi checkup, first pergi klinik ibu & anak (gov) tapi nurse bagi tahu kena buat appoiment dulu sebelum datang,yela masa tu first time pregnent memang pakai terjah je...hihihi
Disebabkan tak puas hati dan nak sangat tengok janin tu so kami decide pergi ke klinik swasta, masa jumpa doctor tu memang seram sejuk sebab serious sangat!
lepas sembang dan kira-kira last date period, dan tunjuk semua bukti upt saya, terus doc senyum dan dia cakap kita scan dulu perut baru kita tahu +_+
doc cakap masa scan tu memang tak nampak apa tapi saya sedaya upaya pujuk hati dengan yakin yang janin tu ada, siap cakap kat doc tu "
doc cuba scan betul-betul,mesti ada dot-dot tu...saya beli upt digital sebab nk kepastian, tak kan tipu kot?"
"jangan risau adik.....saya cari ni" aku macam nak je cakap,doc ni tahu ke tak tahu atau aku salah masuk klinik?lepas dalam 5minit la jugak baru la jumpa dimana janin tu menyorok....huhuhu
bila doc cakap,
"ha ni dia...nampak tak?janin still small dear...just 6weeks" ya allah masa tu baru lega dan rasa puas hati bila jumpa dot-dot hitam tu. Nampak tak?nampak tak?
klinik kerajaan
Hari yang ditunggu telah tiba, masa ni pergi sorang tanpa suami teman. Masa checkup dengan doc
"sebelum datang sini ada bt checkup kat mana-mana?ada buat upt?"
nasib baik semua dah prepare
"dah doc, ni buktinya..." tapi masa tu digital urine test memang dah tak ada tulisan
(terpadam) tu sebab lepas dapat result terus snap picture sebagai rujukan.
Doc :
"eh,ada urine test digital ke?saya tak tahu pulak...berapa awak beli?" hehehe...
masa ni nak gelak pun ada sebab ingat saya sorang je yang rasa macam jakun sebab tak tahu tentang digital ni tapi doc dan nurse pon tak tahu jugak ke.....
Me :
saya beli kat watson, masa ni RM30.90 je doc
Doc :
yeker?mahal jugak.....sangup awak beli, saya first time tahu ada digital and awak la mom to be yang first tunjuk benda ni...hehehe...bagus la!
selepas habis checkup dan ambik darah, terus doc bagi date untuk datang checkup yang akan datang.....2 minggu lagi datang untuk checkup, 8 feb 2015
my birthday coming!
Minggu akhir bulan january adalah minggu yang sangat ditunggu setiap tahun, ialah celebrate "my birthday"
birthday kali ni memang tak sambut pun, itu pun mak belanja jalan-jalan berkelah dekat kolam air panas.....sebelum pergi berkelah, tak tahu kenapa memang rajin sangat hari sabtu tu, kemas rumah tanpa rasa penat. Basuh karpet, basuh bilik air, basuh kandang kucing dan angkat tilam king 6kaki....faham jela kalau tilam saiz king ni,ya allah!dan masa tu la berlaku pendarahan tapi masa tu memang tak sedar ada pendarahan sehingga la petang tu selepas mandi, suami tegur
"nape seluar ma berdarah?" cepat-cepat lari dan tengok, masa tu masing-masing terdiam dan angap its so ok.....
"esok kita pergi hospital erk"
sebelum kejadian pendarahan pada seluar tu, memang dah berlaku pendarahan secara dot-dot setiap hari, hampir 2 minggu....masa tu fikir eh tak apalah mungkin biasa-biasa je, tapi lepas suami tegur tu yang rasa macam takut sangat! masa tu dah tak fikir diri sendiri, cuma fikir baby je dan berdoa semoga allah selamatkan dia! :'(
Setiap hari google tentang bleeding, ada sesetengah pendapat mom to be pesan mungkin sebab peringkat awal hamil, ada yang pesan itu tanda kemungkinan berita buruk dan ada yang bagi tahu lebih banyakkan berehat tanpa sebarang aktiviti dan hanya tidur sahaja.
Keesokanya
pagi tu lepas checkup, doc ada pesan yang saya kena kuat, kena selawat banyak dan solat jangan tinggal, agak pelik bunyi tu tapi bila saya tanya....doc hanya diam dan dia pesan percaya pada allah!
lepas checkup terus balik rumah dan rehat.
Tepat pukul 12 malam perut dah mula memulas, macam sengugut yang amat sakit. Rasa macam nak berguling atas lantai,perut tiba-tiba memulas macam urat perut nak tercabut sakitnya!nak tidur pun tak lena,mulut kumat kamit selawat dan baca al-fatihah supaya kuatkan diri ni...doa tak putus-putus
"ya allah,ya allah,selamatkan kandungan ini...lindungi kandungan ini...."
saya cuba tahan sakit sampai tepat pukul 3 pagi supaya sakit yang saya alami ni adalah sakit biasa dan bukan seperti yang doc cakap pada pagi semalam tu......
Tiba-tiba terdetik nak ke toilet nak buang air kecil....belum sempat nak buat apa-apa masa tu darah keluar tak berhenti-henti dan terus mengalir macam air paip, nak berjalan memang dah tak boleh sangat....kena merangkak dari dapur ke bilik untuk kejut suami. suara yang keluar usah cakap macam mana bunyi...dah macam burung pipit je.....
lepas tu dengan pantas kami terpaksa meniru aksi
"fast & forious" nasib masa tu memang tak ada banyak kenderaan atas jalan....sampai je hospital terus bleeding, tapi masa bleeding tu doc tak boleh buat apa melainkan dia biarkan darah tu berhenti sendiri...sakitnya hanya allah sahaja yang tahu. masa tu kain hospital atau kain batik dah siap prepare banyak dan hari tu dekat 10helai tukar kain, pampers jangan cakap dekat 2 bungkus.... dari pukul 3 sampai pukul 7.30 pagi baru dapat masuk bilik operation tu pun kena tunggu giliran dengan orang yang scan perut....aduh!
sebelum masuk bilik labour room, saya nak buang air kecil tapi doc tak bagi sebab nanti takut janin tu keluar sekali, tapi malas nak layan doc so saya terus je masuk toilet, dan memang betul! ketulan darah keluar berdesup....ya allah! hampir satu toilet berterabur darah tu,.....ketulan darah tu macam pepejal jeli-jeli :'(
Jantung dah berdebar sangat sebab tak pernah masuk labour room, masa masuk tu dah siap pesan kat doc
"please vius saya?saya tak tahan nk tahan sakit ni....sebab sakit darah yang keluar ni pun buat saya rasa nak cabut nyawa taw"
menangis pun tak ada guna sebab doc boleh cakap
"jangan risau, tak sakit pun cuci ni" ya allah, kalau dah tengok gunting besi sepanjang pembaris tukang jahit apa yang uolls fikir?dengan mulut itik tu yang sangat besar.....tak boleh bayang saat tu, sakit hanya allah sahaja tahu.... kalau boleh nak vius sebab tak nak rasa kesakitan perit dengan alatan bleeding, tapi alhamdullilah! saya kena kuat demi baby dan suami....
pernah dengar orang cakap
"biar sakit beranak jangan sakit gugur dari kandungan"
Tips semasa bleeding
>Baring dan letak kaki serata dengan tilam tu...jgn angkat atau jengkit
>masa doc masuk mulut itik tu tarik nafas dan jangan hembus selagi mulut itik tu tak habis masuk,sebab kalau tak tahan nafas, kita akan luka
>setiap kali gunting sepanjang pembaris tu masuk pastikan tarik nafas dan hembus perlahan-lahan,jangan terus hembus
>selepas habis mintak doc nak baring sekejap,jangan nak tunjuk berlagak terus bangun...nanti pengsan
settle semua operation baru diorang akan vius, kalau muntah putih itu tandanya saya ok dan boleh pulang rumah, sebelum tu doc ada tanya
"janin ni awak nak ambik or letak lab?"
xpe la doc, saya bagi pada doc je...kalau saya bawak balik pun apa saya boleh buat
alhamdullilahh segalanya selesai dan kami anggap ini adalah cabaran dan takdir dari allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya....sampai ada orang yang bertanya "
aku tengok ko ni happy je,tak macam orang lain sedih" urm,kadang-kandang tak semua perkara kita perlu share dengan orang....happy tak bermakna kita tak kisah tentang cabaran hidup kita, sedih tak bermakna kita perlu terluka lebih lama, anggap semua ni ada hikmah! insyallah saya akan jumpa anak saya disana.... :')
pesanan saya pada uolls yang mengalami bleeding, jangan sedih sebab anggap sahaja allah sayang kita dan akan menghadiahkan sesuatu yang terbaik untuk kita. saya kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup saya pada "birthday" saya. memang impaknya sangat dasyat! tapi saya bersyukur kerana allah beri saya untuk merasa saat bergelar "mom to be". Baru sedar bertapa besarnya pengorbanan ibu semasa mengandungkan kita, sakitnya allah je tahu. Walaupun bleeding sahaja tapi sakitnya seperti bertarung nyawa dan menahan sakit untuk keluarkan baby, memang sangat sukar... ini adalah pengalaman saya yang terindah dan akan menjadi kenangan yang abadi.
saya harap kisah bleeding ini akan menjadi rujukan pada mom to be diluar sana agar lebih berhati-hati menjaga kandungan sebab kesakitan bleeding ini umpana seperti melahirkan anak, semasa pregnent jangan lupa asid folic dan vit! tu memang penting...... >_>
ok daaa...
next episod berpantang selepas bleeding!
muaahh!