Khamis, 8 September 2016

8 Month Already ~ kisah dulu dan kini


As salam dan hey semua.....


alhamdullilah, hari ni merupakan hari yang ditunggu setiap bulan, iaitu hari peningkatan umur sejemput Luqman yang kini sudah masuk 8bulan. Selama 8bulan ini-lah menandakan aku berjaya menjaga Luqman dengan sebaik-baiknya. Dari selama 8bulan ini lah aku melihat setiap perubahan hormon yang ada dalam diri si Luqman, kalau dulu hanya baring....kemudian mula menerap....merangkak...dan kini boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan.....


Kat sini nak cerita sikit, sebenarnya masa bujang dulu aku lah manusia yang paling tak suka budak. Kalau jumpa budak pun tak adalah excited sangat macam teruja even budak tu comel dari babydoll kaw!! Tambah pulak mak aku ni memang bela anak orang, so total dalam 6-8 orang tapi bukan satu masa yang sama, sebab family diorang ni kerja shift. Aku tak pernah pun layan budak-budak ni, kalau rasa nak layan pun macam acah tak acah sampai satu masa mak aku bersuara
"kau ni cubalah suka kat budak-budak, nanti ada anak tak tau mak macam mana la......"
"ala mak, anak dengan budak lain....."


Yup!now ungkapan 3taun lepas dah terbukti yang kata-kata aku tu betul! Naluri yang selama ni acuh tak acuh pada budak akhirnya tewas dengan darah daging sendiri…anakku…hihihi
Dari situ perasaan caring dan lovely memang timbul tanpa segan silu, rasa sedih memang cepat tewas andai berlaku apa-apa. Itulah naluri seorang ibu!..hehehe

Kalau dulu masa sejemput Luqman kecik,mean around 2-4month dia memang senang lenang nak dekat orang, tak kisah la sesiapa pun yang dukung dia pasti kepak-kepak je tangan tu, Now orang cakap usia semakin meningkat so sel-sel otak mula berhubung dan mula dah kenal orang….segalanya bermula-lah sel-sel otak itu meningkatkan sytem perhubungan dengan jayanya. Setiap kali keluar nak antar dekat mak jaga…no say bye! dan jangan berpaling muka….go!go!go!


Ops! Lupa pulak, ada satu part cerita ni yang buat satu family aku gelak dan tak sangka aku boleh jadi macam tu….macam cerita aku tadi,kalau dulu aku tak suka budak tapi bila ada anak sendiri ni rasa lain kasih sayang tu taw….
Masa ni aku menge-teh dengan family, kemudian taukeh mamak ni cakap 
“cucu ke bang” (taukeh)
“aah…cucu first (ayah)
“Boleh saya pegang…” (taukeh)
Ayah aku ni slamba je bagi tanpa mintak izin…. Sejak-sejak jadi mak ni aku memerlukan keizinan taw?tak tau kenapa walaupun benda tu simple je, yela orang cakap naluri mak-mak kan…. Kedai mamak ni boleh tahan besar so ekor mata aku memang sentiasa ikut setiap jejak taukeh mamak ni berjalan, kalau jauh sikit mula la aku berdiri….sampai satu masa tu aku rasa tak senang duduk!sampai ayah aku tiba-tiba perli…
“hahahaha…relax la along, ada tu ayah Nampak. Minum ni sampai habis…” (ayah)
“ tula, dulu punyalah tak berapa suka budak….sekarang mak Nampak ko dah berubah,jangan la susah hati….kami ni ada Nampak luqman” (emak)



See!kalau korang rasa kawan atau adik-beradik korang yang agak tak berapa suka budak tu, cuba korang tengok lepas diorang kawin dan ada anak…. Korang akan rasa perubahan diorang bila anak diorang ada nanti, seperti “belangkas" Masa tu kita akan rasa kagum!


ok daaa....!!!












Tiada ulasan:

Catat Ulasan